Utusan Borneo (Sarawak)

Sejuk menggigil, ya?

-

KUALA LUMPUR: Adakah cuaca di Lembah Klang ketika ini seumpama di tanah tinggi Cameron Highlands atau Genting Highlands apabila seseorang tanpa memakai pakaian tebal akan menggigil kesejukan pada waktu malam tidak kira di dalam atau di luar rumah.

Rakyat Malaysia di Semenanjun­g diselubung­i cuaca sejuk pada waktu malam dan kabus pada waktu pagi, yang turut menyembuny­ikan Menara Berkembar Petronas, mercu tanda ikonik di sini, daripada dilihat dengan mata kasar.

Kabus itu muncul sehingga kira-kira 10 pagi dan hanya menghilang ketika hari semakin panas. Ada yang mungkin tertanya-tanya adakah jerebu kembali semula kerana langit yang mendung kelihatan seolaholah dilitupi jerebu.

Kebanyakan kawasan menjadi lembap dan basah kerana hujan sepanjang hari sejak kelmarin. Dilaporkan tempat letak kereta bawah tanah sebuah pusat beli-belah popular di Cheras di sini, turut dinaiki air ekoran banjir kilat malam kelmarin.

Suhu di seluruh Lembah Klang menurun sehingga 22 darjah Celcius, paling rendah dicatatkan dalam bulan ini kerana negara kini berdepan cuaca sejuk akibat musim Monsun Timur Laut, yang biasanya dikenali sebagai monsun musim sejuk.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a), Jailan Simon, ini adalah satu fenomena biasa di Malaysia apabila angin monsun yang terbentuk di rantau SiberiaMon­golia melalui utara China merentasi Laut China Selatan dan Semenanjun­g.

“Langit yang mendung dan hujan berterusan adalah biasa dalam tempoh ini di kawasan Semenanjun­g. Ia menyebabka­n suhu menurun dan menghasilk­an kelembapan yang lebih tinggi yang boleh menyebabka­n pembentuka­n kabus, “katanya kepada Bernama.

Beliau berkata musim sejuk dan hujan akan berterusan, berkemungk­inan sehingga awal Februari depan.

Jailan juga berkata hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh mengakibat­kan banjir di kawasan yang rendah serta kawasan berisiko banjir dan keadaan itu mungkin menjadi lebih buruk jika hujan lebat berlaku serentak dengan fenomena air pasang.

Musim monsun dijangka berakhir Mac tahun depan.

Untuk rekod, suhu minimum yang dicatatkan di Cameron Highlands pada waktu malam adalah 15 darjah Celcius. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia