Utusan Borneo (Sarawak)

Projek demonstras­i 5G enam telco di Langkawi tunjuk hasil positif

-

LANGKAWI: Projek Demonstras­i 5G (5GDP) yang sedang dilaksanak­an enam syarikat telekomuni­kasi di pulau ini mula menunjukka­n hasil yang amat baik apabila 37 kes penggunaan telah disediakan dalam tempoh dua bulan pelaksanaa­nnya, kata Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Al-Ishsal Ishak.

Beliau berkata kes-kes penggunaan 5G di pulau peranginan bebas cukai ini merangkumi pertanian, penjagaan kesihatan digital, pendidikan, hiburan, bandar pintar, pengangkut­an pintar serta pelanconga­n.

Rangkaian 5G adalah satu revolusi di mana bukan hanya untuk rakyat menikmati kelajuan lebih tinggi di telefon bimbit tetapi juga penggunaan yang mempunyai ciriciri lebih maju bergantung kepada contoh-contoh penggunaan daripada pelbagai industri.

“5GDP di Langkawi akan dilaksanak­an dalam tempoh enam bulan bermula Oktober hingga Mac untuk menunjukka­n, mencuba serta mengkaji bolehkah rangkaian 5G ini membawa kebaikan dan apakah yang perlu dilakukan untuk menyediaka­n aplikasi atau sistem baharu yang membolehka­n pihak industri dan syarikat mencapai kemajuan yang lebih baik.

“Saya amat kagum kerana dalam tempoh dua bulan pelaksanaa­n 37 kes yang memanfaatk­an telah disediakan oleh rakan projek. Syarikat telekomuni­kasi yang terlibat menggemble­ng tenaga meningkatk­an serta menunjukka­n bagaimana rangkaian teknologi 5G dapat digunakan pada verticals yang telah ditetapkan,” katanya.

Al-Ishsal yang ‘turun padang’ melihat kes penggunaan 5G di pulau ini pada Sabtu dan Ahad lepas, telah meninjau beberapa 5GDP seperti pemasangan rangkaian WiFi oleh edotco Malaysia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi dan Program Maxis eKelas di Pusat Internet Kampung Padang Wahid.

Beliau juga meninjau Penyelesai­an Keselamata­n 5G dan Sekuriti Bandar Pintar oleh Celcom menerusi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia serta Majlis Perbandara­n Langkawi Bandaraya Pelanconga­n.

Al-Ishsal turut mengambil peluang melihat demonstara­si penjagaan kesihatan digital seperti diagnosis jarak jauh, pelanconga­n perubatan, konsultasi perubatan jarak jauh yang masing-masing dilaksanak­an oleh Digi dan U Mobile dengan kerjasama Hospital Sultanah Maliha.

Menyifatka­n kerjasama serta komitmen yang ditunjukka­n oleh rakan projek, kerajaan negeri Kedah dan pihak berkuasa tempatan sebagai ‘fenomenal collaborat­ion’ Al-Ishsal yakin pelaksanaa­n 5GDP di Langkawi akan berjaya.

“Pemilihan Langkawi sebagai projek rintis 5GDP amat baik dan tepat kerana apabila melakukan percubaan kita memerlukan ‘control environmen­t’ oleh itu sebagai sebuah pulau yang memiliki semuanya seperti pertanian, pelanconga­n, pendidikan, hiburan dan penjagaan kesihatan seperti hospital kami mendapati pulau ini amat sesuai. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Al-Ishsal Ishak (kanan) mendengar penerangan seorang doktor Hospital Sultanah Maliha Langkawi mengenai demonstras­i penjagaan kesihatan digital semasa tinjauan pelaksanaa­n Projek Demonstras­i 5G (5GDP) baru-baru ini.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Al-Ishsal Ishak (kanan) mendengar penerangan seorang doktor Hospital Sultanah Maliha Langkawi mengenai demonstras­i penjagaan kesihatan digital semasa tinjauan pelaksanaa­n Projek Demonstras­i 5G (5GDP) baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia