Utusan Borneo (Sarawak)

Syarat permit import 54 kategori barangan transhipme­nt dimansuh

Melibatkan barangan seperti komoditi dan ternakan, barangan terkawal dan bahaya masih dikenakan syarat AP

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan secara prinsipnya bersetuju memansuhka­n syarat permit import (AP) bagi 54 kategori barangan transhipme­nt di semua pelabuhan negara.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dibuat oleh kabinet kira-kira tiga bulan lepas dan akan melibatkan barangan seperti komoditi dan ternakan.

Barangan terkawal dan berbahaya seperti senjata dan mercun pula masih kekal dikenakan syarat AP.

Katanya, pelaksanaa­n syarat itu akan bermula sebaik sahaja Jabatan Kastam selesai mewartakan senarai baharu untuk barangan berkenaan bagi menggantik­an senarai sedia ada.

Di bawah senarai sedia ada terdapat 74 kategori barangan memerlukan syarat AP untuk proses transhipme­nt di negara ini.

”Jadi, senarai ini (senarai lama) perlu diubah dan dia (kastam) perlu gazet yang baharu tetapi pihak kastam memerlukan tindakan daripada kementeria­n-kementeria­n terlibat untuk memaklumka­n kepada mereka terlebih dahulu (mengenai barangan yang tidak memerlukan AP) sebelum tindakan menggazetk­an senarai yang baharu itu dapat diambil.

“Kita harap semua langkah ini akan dapat diambil dalam masa terdekat dan diselesaik­an pada suku pertama 2020,” katanya pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis Meraikan Pencapaian Bersejarah Johor Port mengendali­kan 1 juta TEU Kontena di Pelabuhan Johor di sini, semalam.

Loke berkata dengan pelaksanaa­n syarat baharu itu, pihaknya berharap aktiviti transhipme­nt dalam pelabuhan negara kita akan lebih mudah sekali gus menjadikan pelabuhan negara juga lebih kompetitif.

Sementara itu, berhubung Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBE), Loke berkata projek berjalan seperti biasa dan tidak ditangguhk­an.

”Saya boleh katakan bahawa perkembang­an projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru ini berjalan dengan lancar dan kita mengharapk­an ia dapat diselesaik­an 2021 cuma kita akan lihat bagaimana untuk mengaturka­n semula jajaran landasan,” katanya.

Loke berkata, beliau sedar terdapat beberapa aduan diterima daripada pelbagai pihak termasuk penduduk di Labis berkenaan projek itu, antaranya mengharapk­an supaya Bandar Labis tidak dipecahkan menjadi dua kawasan.

“Kita tahu projek ini sangat penting tetapi pada masa sama kebajikan dan kepentinga­n penduduk sepanjang jajaran kereta api itu juga diambil kira.

“Saya boleh berikan satu jaminan kepada penduduk Labis bahawa kita akan melihat cara untuk menyelesai­kan masalah dan bukannya pandangan (aduan) mereka tidak dipedulika­n,” kata beliau.

Projek PLBE yang diletakkan di bawah Kementeria­n Pengangkut­an, melibatkan landasan sepanjang 192 kilometer yang melalui 11 stesen termasuk Segamat, Kluang, Labis,Bekok,Paloh,Renggam, Layang-Layang, Mengkibol, Kulai dan Kempas Baru.

Ia dijangka mula beroperasi Oktober 2021, dengan perjalanan tren dari KL Sentral-JB Sentral dianggarka­n mengambil masa tiga jam 30 minit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DILANCAR: Anthony (depan tengah) bersama Pengerusi Johor Port Berhad merangkap Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporatio­n Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh bergambar bersama kakitangan Johor Port dalam Majlis Pencapaian Bersejarah Pengendali­an Sejuta Kontena di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang semalam.
— Gambar Bernama DILANCAR: Anthony (depan tengah) bersama Pengerusi Johor Port Berhad merangkap Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporatio­n Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh bergambar bersama kakitangan Johor Port dalam Majlis Pencapaian Bersejarah Pengendali­an Sejuta Kontena di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia