Utusan Borneo (Sarawak)

Affin Bank sasar pertumbuha­n pemegang kad 15% tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd menyasar meningkatk­an jumlah pemegang kadnya bagi kedua-dua kad debit dan kad kredit sebanyak 15 peratus tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata ketika ini Affin Bank mempunyai lebih daripada 900,000 pemegang kad debit dan kredit serta menyasar melepasi paras satu juta pemegang kad tahun depan menerusi pelbagai kempen dan inisiatif.

“Kempen ini adalah antara pelbagai inisiatif oleh bank untuk mengukuhka­n hubungan kami dengan pelanggan dan sentiasa membawakan nilai tambah kepada pelanggan sebagai sebahagian daripada kemajuan bank untuk menjadi bank pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang kempen ‘Scootvagan­za Kembali’, di sini, semalam.

Kempen tersebut yang berlangsun­g dari 16 Mei hingga 16 September tahun ini, memberi ganjaran kepada pelanggan bertuah hadiah skuter vespa dan basikal bagi perbelanja­an mereka yang menggunaka­n kad Affin.

Selain kempen ‘Scootvagan­za Kembali’, Kamarul Ariffin berkata bank itu juga mengadakan kempen Penggunaan Kad Affin untuk memberi ganjaran kepada Ahli Kad Affin dengan 2.5 juta mata Enrich Miles dari 1 November, 2019 hingga 29 Februari tahun depan.

“Ahli Kad Affin secara automatik akan mendapat penyertaan menerusi perbelanja­an dengan kad Affin mereka,” katanya.

Beliau berkata, ahli kad yang baharu, yang berjaya memohon Kad Kredit Affin semasa tempoh kempen itu akan mendapat penyertaan tambahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROMOSI: Pengerusi Affin Bank Berhad Datuk Agil Natt (tiga kiri), Ketua Enrich Malaysia Airlines Amiroel Shazrie Yussof (empat kanan) dan Pengerusi Affin Islamic Bank Berhad Mohd Suffian Haron (tiga kanan) mempromosi­kan Kempen Penggunaan Kad Affin dengan RM2.5 juta Enrich Miles dari Malaysia Airlines ketika hadir pada majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang kempen ‘Scootvagan­za Kini Kembali’ di Menara Affin, Kuala Lumpur semalam. Turut sama Pengarah Perbankan Pengguna Affin Bank Berhad Nazri Othman (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Berhad Nazlee Khalifah (dua kiri) dan Duta Kad Affin Bank, penyanyi Alif Satar (dua kanan) serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad Kamarul Ariffin Mohd Jamil (kanan).
— Gambar Bernama PROMOSI: Pengerusi Affin Bank Berhad Datuk Agil Natt (tiga kiri), Ketua Enrich Malaysia Airlines Amiroel Shazrie Yussof (empat kanan) dan Pengerusi Affin Islamic Bank Berhad Mohd Suffian Haron (tiga kanan) mempromosi­kan Kempen Penggunaan Kad Affin dengan RM2.5 juta Enrich Miles dari Malaysia Airlines ketika hadir pada majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang kempen ‘Scootvagan­za Kini Kembali’ di Menara Affin, Kuala Lumpur semalam. Turut sama Pengarah Perbankan Pengguna Affin Bank Berhad Nazri Othman (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Berhad Nazlee Khalifah (dua kiri) dan Duta Kad Affin Bank, penyanyi Alif Satar (dua kanan) serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad Kamarul Ariffin Mohd Jamil (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia