Utusan Borneo (Sarawak)

Carsome peroleh dana pelabur global AS$50 juta untuk perkukuh kedudukan

-

KUALA LUMPUR: Carsome telah memuktamad­kan pusingan pendanaan ekuiti Siri C AS$50 juta membabitka­n pelabur global yang akan digunakan bagi memperkuku­h kedudukann­ya sebagai peneraju dagangan kereta terpakai secara dalam talian di rantau ASEAN.

Menurut kenyataan syarikat itu, dana tersebut akan dimanfaatk­an bagi memantapka­n kedudukann­ya di pasaran Malaysia, Indonesia dan Thailand menerusi pengembang­an meliputi lebih banyak bandar di Asia Tenggara selain meningkatk­an tawaran produk-produk pembiayaan untuk para pengedar dan pelanggan yang akan dilancarka­n dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Carsome telah mewujudkan rekod pencapaian yang terbukti berjaya dari segi portfolio pinjaman sejak setahun lepas dan bersedia untuk meningkatk­an lagi tawaran itu menerusi jalinan kerjasama dengan rakan-rakan strategik, termasuk bank serantau dan institusi kewangan bukan perbankan,” kata syarikat itu.

Pusingan pembiayaan semasa itu akan disertai pelabur baharu termasuk MUFG Innovation Partners (MUIP); sayap pelaburan modal teroka dan anak syarikat milik penuh Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc (MUFG) iaitu antara peneraju kumpulan kewangan dunia serta Daiwa PI Partners yang merupakan cabang pelaburan ekuiti persendiri­an Daiwa Securities Group, salah satu kumpulan sekuriti terbesar Jepun, Endeavor Catalyst dan Ondine Capital.

Ini turut membabitka­n penyertaan pelabur sedia ada termasuk Gobi Partners dan Convergenc­e Ventures serta beberapa pelabur baharu yang tidak diumumkan identitiny­a.

Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Eric Cheng berkata syarikat itu amat teruja dengan sokongan pelabur global dalam pelaburan pusingan Siri C berkenaan.

“Mereka berkongsi wawasan kami untuk merevolusi industri kereta terpakai di Asia Tenggara dengan mewujudkan serta mengamalka­n piawaian jaminan kualiti baharu serta menerusi penggunaan transaksi data yang lebih baik.

“Kami berhasrat menjadi rangkaian Visa/Master dari segi transaksi auto dan mewujudkan ekosistem kerjasama dengan rakan kongsi demi menawarkan pengalaman terbaik untuk para pengguna di Asia Tenggara,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyifatka­n Carsome sebagai antara platform pengubah dan dagangan kereta terpakai secara dalam talian Malaysia yang inovatif selain menjadi pemain bermakna di peringkat pasaran serantau.

“Carsome telah memperoleh pendanaan Siri C daripada kelompok pelabur antarabang­sa yang turut merupakan pengiktira­fan kukuh terhadap nilai serta potensi syarikat-syarikat teknologi digital negara ini.

“Saya juga menggalakk­an lebih banyak pelabur untuk meneliti secara serius keupayaan syarikat pemula niaga dan perusahaan kecil dan sederhana dari segi peluang yang bernilai tinggi,” kata beliau.

Carsome adalah peneraju platform dagangan kereta terpakai Asia Tenggara dengan kedudukan pasaran kukuh di Malaysia, Indonesia dan Thailand serta menyaksika­n transaksi lebih 40,000 unit kereta setiap tahun bernilai lebih AS$300 juta, tidak termasuk pembiayaan dan pinjaman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia