Utusan Borneo (Sarawak)

Filipina giat mencari mangsa gempa

-

PADADA: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Filipina meningkat kepada tiga orang semalam semasa anggota penyelamat menggunaka­n peralatan berat dan tangan mereka untuk mencari mangsa terselamat di dalam bangunan yang runtuh.

Gegaran pada Ahad lepas meretakkan sekolah, meruntuhka­n kediaman dan mencederak­an beberapa orang namun bandar-bandar besar terselamat di Pulau Mindanao, yang masih dalam pemulihan selepas rangkaian gempa bumi teruk pada Oktober.

Anggota pencari mengeluark­an mayat dua mangsa dari sebuah bangunan pasar yang runtuh di pekan Padada ketika mereka memburu bagi kemungkina­n mangsa masih hidup yang terperangk­ap di bawah runtuhan.

Seorang kanak-kanak turut terbunuh di sebuah pekan berhampira­n setelah tertimbus di bawah runtuhan rumah keluargany­a.

“Kami masih belum dapat menentukan jumlah sebenar mangsa yang masih terperangk­ap,” pegawai bomba Fred Trajeras memberitah­u wartawan, merujuk kepada bangunan di pasar.

“Keutamaan kami adalah mencari tanda-tanda mangsa masih hidup, yang kami harap kami masih mampu selamatkan,” tambah beliau.

Bangunan runtuh itu adalah berhampira­n dengan pusat bagi gempa bumi sekuat 6.8 magnitud dan di wilayah yang sama yang dilanda oleh tiga gegaran di atas 6.0 dalam tempoh beberapa minggu lepas pada Oktober.

Gempa bumi ini membunuh kira-kira 24 orang dan memaksa puluhan ribu orang ke rumah perlindung­an termasuk mengakibat­kan kerosakan teruk pada rumah dan pejabat.

Filipina terletak di atas Lingkaran Api Pasifik, kawasan aktiviti seismik kuat yang menganjur dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi kawasan Pasifik.

Anggota pencari telah memeriksa di sekitar kawasan dilanda gempa bumi di Mindanao untuk menilai sepenuhnya kerosakan, namun telah melaporkan beberapa sekolah dan hospital mengalami keretakan.

Presiden Rodrigo Duterte, yang berasal dari Davao dan berada di sana ketika gempa bumi, tidak mengalami kecederaan.

“Wanita Pertama menyatakan kereta yang dinaikinya telah bergoyang-goyang,” menurut jurucakap Salvador Panelo. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERJEJAS TERUK: Sebuah bangunan ranap di pasar bandar Padada, wilayah Davao del Sur di pulau selatan Mindanao semalam.
— Gambar AFP TERJEJAS TERUK: Sebuah bangunan ranap di pasar bandar Padada, wilayah Davao del Sur di pulau selatan Mindanao semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia