Utusan Borneo (Sarawak)

LTTE: Kes pengutip besi buruk dipindah ke Mahkamah Tinggi KL

-

KUALA LUMPUR: Kes seorang pengutip besi buruk yang didakwa atas dua pertuduhan memiliki item berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Maziah Joary Mohd Tajudin memutuskan perkara itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui memohon untuk memindahka­n kes A.Kalaimughi­lan, 28, dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

“Pihak pendakwaan telah menyediaka­n izin untuk memindahka­n kes ini ke Mahkamah Tinggi. Mohon kes ini dipindahka­n dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya semasa sebutan kes itu.

Sementara itu, mahkamah menolak permohonan jaminan oleh Kalaimughi­lan selepas mendengar hujahan peguamnya, Yoges M. Verasuntha­ram dan pihak pendakwaan.

Yoges memohon jaminan itu dengan alasan mahkamah berkenaan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan jaminan mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah.

“Anak guam saya adalah penanggung tunggal keluarga serta menjaga bapa dan adik perempuann­ya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Beliau berkata anak guamnya pernah terbabit dalam kemalangan dan kini mengalami masalah sakit tulang belakang dan migrain yang memerlukan rawatan di Klinik Sungai Buloh.

Bagaimanap­un, Low membantah permohonan jaminan itu dengan alasan hanya Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa berhubung isu jaminan.

“Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan isu jaminan bagi kesalahan keselamata­n,” katanya.

Pada 29 Oktober lepas, Kalaimughi­lan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang di sini atas dua pertuduhan memiliki item berkaitan dengan kumpulan LTTE di sebuah rumah di Jalan Anggerik 5D, Bukit Sentosa, Rawang dan di dalam sebuah kereta di tempat sama, pada jam 9.30 pagi dan 12.35 petang, 10 Okt lepas.

Kesemua pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia