Utusan Borneo (Sarawak)

AJK masjid ditipu derma bahan binaan oleh penjenayah siber

-

KOTA BHARU: Seorang Anggota Jawatankua­sa (AJK) surau membuat laporan polis ditipu sebanyak RM2,200 oleh seorang lelaki yang mengaku hendak menderma batubata dan simen bagi tujuan pembinaan surau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan, Supt Ahmad Azizul Mohamed berkata AJK surau berusia 50-an itu telah menerima mesej melalui media sosial mengenai tawaran oleh seorang lelaki untuk mendermaka­n batu-bata dan simen bagi tujuan pembinaan surau itu.

Pengadu yang berminat untuk mendapatka­n bahan binaan secara percuma telah diminta oleh ‘penderma’ tersebut untuk menghubung­i seorang ‘pemandu lori’ yang akan membuat penghantar­an barangan berkenaan yang bernilai hampir RM3,000,” katanya.

Bagaimanap­un pengadu diminta membuat bayaran deposit sebanyak 60 peratus terlebih dahulu dan pengadu kemudian bersetuju untuk memasukkan RM1,700 ke dalam akaun bank milik syarikat itu setelah ‘penderma’ berjanji untuk menggantik­an semula wang tersebut.

Namun begitu, katanya pada keesokan hari, pengadu telah dihubungi ‘pemandu lori’ menyatakan lorinya mengalami kerosakan di dalam perjalanan menghantar bahan binaan berkenaan dan meminta daripada pengadu wang berjumlah RM500 dipindahka­n ke satu akaun bank milik individu bagi tujuan membaiki kenderaan tersebut.

“Pengadu hanya menyedari telah ditipu wang berjumlah RM2,200 setelah bahan binaan tidak kunjung tiba dan kedua-dua ‘penderma’ dan ‘pemandu lori’ tidak dapat dihubungi.

“Merasakan dirinya telah tertipu, pengadu kemudianny­a bertindak membuat laporan polis pada 11 Disember lepas,” kata Ahmad Azizul yang menyatakan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ahmad Azizul berkata, sejak awal Januari lalu sehingga kini, sebanyak empat kes penipuan melibatkan masjid direkodkan di Kelantan dengan jumlah kerugian antara RM750 hingga RM3,500.

Beliau berkata antara modus operandi yang digunakan termasukla­h membuat panggilan dengan menyatakan ingin menyerahka­n bantuan batubataun­tukpembina­an atau tersilap memasukkan wang ke dalam akaun milik masjid atau surau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia