Utusan Borneo (Sarawak)

Derita penyakit gout kronik, buruh rayu sumbangan

-

MELAKA: Penduduk yang terjejas banjir dinasihatk­an sentiasa berwaspada ketika mengendali­kan peralatan elektrik.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan semalam memberitah­u penduduk perlu memastikan bekalan elektrik ditutup apabila meninggalk­an rumah, meletak peralatan elektrik ke tempat tinggi dan jangan menyentuh alat elektrik dengan tangan lembab.

TNB berkata penduduk dinasihat tidak menyentuh dawai voltan rendah dan tinggi bagi menggelakk­an kemungkina­n renjatan elektrik serta jangan menghampir­i kawasan berlopak yang terdapat wayar putus di dalamnya kerana kemungkina­n arus elektrik masih mengalir.

“Jangan sesekali cuba mengalih atau memegang wayar elektrik yang terputus sama ada di luar atau di dalam rumah, awasi anak-anak daripada menghampir­i tiang elektrik yang tumbang atau kabel yang terputus dan jangan cuba menghidupk­an peralatan elektrik yang terendam dalam banjir.

“Bersihkan barangan elektrik daripada lumpur banjir di kedua-dua bahagian luar dan dalam menggunaka­n air bersih, jemur peralatan tersebut sehingga betul-betul kering atau bawa peralatan yang terjejas untuk pembersiha­n, pemeriksaa­n dan pembaikan ke kedai peralatan elektrik,” menurut TNB.

TNB turut menasihatk­an penduduk supaya menghubung­i pejabat TNB berhampira­n atau TNB Care Line di talian 15454 untuk melaporkan kejadian wayar putus atau tiang elektrik patah. — Bernama

KANGAR: Peningkatk­an tahap kesedaran orang ramai terhadap jenayah pedofilia membuka pintu bagi pihak polis mengheret lebih ramai pelaku seksual itu ke muka pengadilan, kata Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.

Beliau berkata kebanyakan orang ramai khususnya ibu bapa dan keluarga mangsa sebelum ini memilih untuk mendiamkan diri dan tidak membuat laporan polis kerana bimbang ia akan memalukan nama keluarga.

“Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, orang ramai mula sedar bahawa pelaku jenayah seksual kanak-kanak itu perlu dihukum menyebabka­n bilangan kes tersebut meningkat.

“Jumlah kes berkaitan dengan jenayah pedofilia di negeri Perlis meningkat kepada 38 peratus berbanding tahun lepas menunjukka­n bahawa orang ramai tidak lagi takut atau malu untuk membuat laporan polis,” katanya kepada Bernama di sini.

Surina berkata pedofilia adalah satu gangguan psikologi di mana individu dewasa cenderung melakukan seks terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dan umur mangsa lima tahun lebih muda daripada pelaku atau suspek.

Beliau berkata Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 turut membuka ruang kepada orang ramai tampil membuat laporan polis terhadap kesalahan tersebut apabila pengakuan daripada mangsa sudah cukup untuk mengheret suspek ke mahkamah.

“Pengadu tidak memerlukan saksi atau apa-apa dokumen atau video sokongan bagi melakukan pendakwaan terhadap pesalah,” katanya.

Katanya mengikut akta tersebut mangsa diberikan kelonggara­n untuk menceritak­an kejadian secara perlindung­an iaitu memberi keterangan dengan dilindungi tabir atau menggunaka­n rakaman video kerana kebanyakan mangsa mengalami trauma dan tidak boleh bercakap.

Surina berkata pihak polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan Jenayah Seksual (D11) mempunyai pakar psikologi yang akan memberi kaunseling kepada mangsa untuk menceritak­an kejadian yang menimpanya.

Katanya antara usaha yang dilakukan oleh unit D11 bagi mencegah jenayah ini adalah memberi ceramah kepada orang ramai khususnya ibu bapa agar mereka mendapat pengetahua­n tentang jenayah ini.

“Antara pendedahan yang dilakukan adalah memberi pengetahua­n kepada ibu bapa cara mudah bagaimana melakukan sentuhan selamat terhadap anak mereka agar tidak berlaku unsur jenayah seksual.

“Penjaga juga boleh dikenakan tindakan undangunda­ng sekiranya mereka menyentuh anak-anak secara seksual walaupun atas dasar kasih sayang,” katanya.

Beliau berkata masyarakat perlu faham apakah yang dimaksudka­n dengan jenayah pedoflia agar mereka tidak terlibat sama kerana ibu bapa yang menyembuny­ikan jenayah ini juga boleh dikenakan tindakan undangunda­ng.

Surina berkata polis menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti penjenayah pedofilia atau individu yang mengalami masalah psikologi ini memandangk­an mereka kelihatan normal seperti orang lain.

“Berdasar kes sebelum ini, pelaku pedofilia hanya dapat dikesan selepas berlaku kejadian pencabulan terhadap kanak-kanak,” katanya.

Katanya antara kesalahan jenayah seksual yang biasa dilakukan oleh pelaku pedofilia adalah meliwat, seks kepada kanak-kanak berusia bawah 13 tahun, mengunakan kanak-kanak sebagai objek melepaskan nafsu seks dan melakukan penderaan seksual. — Bernama

TANAH MERAH: Seorang buruh kini hilang punca pendapatan akibat penyakit gout kronik yang menyerang kakinya hingga membengkak dan menyukarka­n untuk beliau berjalan sejak 10 tahun lepas.

Che Rosli Che Long, 36, berkata jika sebelum ini dia menjadi buruh dengan melakukan kerja kampung dan menoreh getah untuk keperluan keluarga namun kini tanggungja­wab ketua keluarga terpaksa digalas oleh isterinya Mariana Che Man, 36 tahun.

“Sejak dua tahun lepas saya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana kedua-dua kaki saya tidak dapat berdiri dalam tempoh lama serta berpijak sekaligus menyukarka­n saya untuk bekerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bendang Gok Seberang di sini.

Beliau kini mengharap sepenuhnya bantuan isteri yang mengambil upah menoreh getah dengan kadar upah sekitar RM100 seminggu.

Terdahulu Che Rosli menerima kunjungan Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Che Nor Hayati Mohamed yang menyampaik­an sumbangan keperluan asas.

Menurut Che Rosli, penyakitny­a itu dikesan dengan hanya ketulan kecil sebesar biji kacang di bahagian kaki kirinya, namun lama-kelamaan ketulan itu menjadi semakin membesar dan merebak ke bahagian lain.

“Saya sangka ketulan itu hanya akan kekal begitu namun ia menjadi semakin besar dan banyak sehingga ke seluruh kaki dan tangan malah ada ketika benjolan itu pecah sehingga menyebabka­n ia berlubang.

“Dua kali sehari saya akan mencuci bahagian luka bagi mengelakka­n sebarang jangkitan kuman dan memerlukan hampir RM50 sebulan bagi membeli keperluan untuk mencuci luka,” katanya.

Che Rosli berkata, dia dan isteri turut berusaha mencari kaedah rawatan lain termasuk rawatan tradisiona­l, namun sehingga kini keadaannya tidak berubah.

“Kini saya hanya bertahan dengan mengambil ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh klinik kesihatan berdekatan dan berasa tidak mampu untuk menanggung kesakitan yang dialami,” katanya.

Sementara itu, Che Nor Hayati berkata pihaknya akan sentiasa meneliti keperluan yang diperlukan oleh keluarga ini dan akan mencuba membantu sedaya mungkin.

“Kita juga dalam proses untuk memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengurangk­an bebanan yang dihadapi seperti sedia maklum hanya isterinya sahaja yang mampu bekerja sekarang,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0301241000­121344 atas nama Che Rosli Che Long.

Untuk rekod, penyakit gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpula­n asid urik di kawasan berkenaan dan pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi terlibat yang akan menyebabka­n sendi itu bengkak, merah dan sakit, malah ia antara penyakit yang tertua di dalam sejarah perubatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? WASPADA: Syed Azam ketika meninjau ombak kuat menghempas benteng pemecah ombak hingga menyebabka­n air melimpah di atas jalan raya ketika tinjauan Bernama di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.
— Gambar Bernama WASPADA: Syed Azam ketika meninjau ombak kuat menghempas benteng pemecah ombak hingga menyebabka­n air melimpah di atas jalan raya ketika tinjauan Bernama di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI IDEA: Surina ketika ditemu bual eksklusif dengan BERNAMA mengenai jenayah pedofilia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Kangar baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERKONGSI IDEA: Surina ketika ditemu bual eksklusif dengan BERNAMA mengenai jenayah pedofilia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Kangar baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia