Utusan Borneo (Sarawak)

100 graduan lepasan IPT berpeluang sertai Program Bank Rakyat Protege

-

KUALA LUMPUR: Seramai 100 graduan lepasan institusi pengajian tinggi awam dan swasta berpeluang menyertai program latihan sebagai perantis penasihat kewangan menerusi program Bank Rakyat Profession­al Training and Education for Growing Entreprene­urs (Protege).

Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed berkata program di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) itu akan memberi tumpuan kepada kemahiran keusahawan­an yang intensif menerusi latihan dalam kelas dan peluang latihan di tempat kerja.

“Ia turut menawarkan kemahiran praktikal dan pengalaman sebenar di tempat kerja selain memperoleh ilmu dan pengalaman dalam industri perbankan.

“Antara kriteria yang diperlukan bagi menyertai program ini ialah aktif dalam aktiviti kokurikulu­m, mempunyai keperibadi­an yang menarik, kemahiran komunikasi yang baik, berintegri­ti serta mempunyai kemahiran berfikir secara analitik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran program Bank Rakyat Protege di sini semalam.

Rosman berkata sehingga kini seramai 39 graduan telah ditawarkan menyertai program selama 12 bulan itu dan pencarian peserta program akan diteruskan di beberapa negeri lain termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Sudah pasti dengan kemahiran dan modul yang diberikan nanti akan menambah baik kebolehpas­aran graduan yang menyertai program Bank Rakyat Protege untuk mendapatka­n pekerjaan.

“Bank Rakyat sentiasa prihatin dengan golongan graduan serta sentiasa berusaha membantu mereka mendapatka­n peluang pekerjaan yang bersesuaia­n dengan kelayakan masing-masing, justeru manfaatkan peluang ini dengan sebaiknya,” katanya.

Tambah Rosman, graduan yang menunjukka­n kebolehan dan prestasi memberangs­angkan sepanjang tempoh 12 bulan menyertai program itu berpeluang untuk ditempatka­n sebagai pekerja di bank berkenaan.

Graduan yang berminat untuk menyertai program Bank Rakyat Protege boleh menghantar permohonan ke laman sesawang Bank Rakyat di

— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Rosman (tengah) beramah mesra dengan sebahagian peserta ‘Profession­al Training and Education for Growing Entreprene­urs’ (Protege) Bank Rakyat selepas melancarka­n program tersebut di Menara Berkembar Bank Rakyat di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Rosman (tengah) beramah mesra dengan sebahagian peserta ‘Profession­al Training and Education for Growing Entreprene­urs’ (Protege) Bank Rakyat selepas melancarka­n program tersebut di Menara Berkembar Bank Rakyat di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia