Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki terperangk­ap dalam kereta akibat banjir

-

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menubuhkan satu jawatankua­sa tetap berkaitan Orang Asli bagi memastikan pembanguna­n kelompok masyarakat tersebut di negeri ini dapat diberi lebih fokus pada masa depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata jawatankua­sa tetap berkenaan yang ditubuhkan minggu lepas adalah selaras dengan hasrat Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah yang mahu masyarakat Orang Asli di negeri itu lebih terbela.

“ExcoHeeLoy­Sian(Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor) akan mengetuai jawatankua­sa tetap berkenaan mulai tahun depan. Dengan penubuhann­ya (jawatankua­sa tetap), banyak lagi perkara berkaitan kebajikan dan pembanguna­n Orang Asli boleh kita berikan tumpuan sebaiknya.

“Penubuhan jawatankua­sa tetap ini juga dipersetuj­ui menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan peruntukan akan disediakan pada tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n

Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di sini, semalam.

Pada 3 November lepas, Sultan Sharafuddi­n mahu kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri mengkaji semula jumlah peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri berkenaan yang semakin berkuranga­n sejak 2017. — Bernama

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang terperangk­ap lebih dua jam dalam kenderaann­ya akibat banjir, berjaya diselamatk­an pihak bomba dalam kejadian di Batu 13, Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor, Penguasa Bomba

Al Hasra Mohamed berkata kejadian kira-kira jam 5 pagi itu berlaku ketika mangsa, Lor Wei Keong, 43, sedang memandu ke arah Mersing dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda Ford Fanger.

Bagaimanap­un, setibanya di kawasan kejadian, kenderaan dipandu Lor dilaporkan tidak melepasi ketinggian air sedalam antara 2.1 meter hingga 2.4 meter (7-8 kaki), lalu terperangk­ap dalam banjir berkenaan.

“Pihak bomba yang berjaya menyelamat­kan mangsa pada jam 7.30 pagi telah menggunaka­n bot Amphibious untuk melakukan operasi (penyelamat­an),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia