Utusan Borneo (Sarawak)

The Citizens kembali ke landasan selepas ‘rempuh’ Arsenal

Spurs meneruskan kebangkita­n mereka di bawah kendalian Mourinho dengan kemenangan 2-1 ke atas Wolves Ahad lepas

-

LONDON: Manchester City kembali ke landasan apabila juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mencatatka­n kemenangan 3-0 ke atas Arsenal, manakala Tottenham meneruskan kebangkita­n mereka di bawah Jose Mourinho dengan kemenangan 2-1 yang dramatik di Wolves pada Ahad.

Kelas City yang tinggi di utara London dan gol kemenangan pada saat akhir jaringan Jan Vertonghen untuk Tottenham menarik perhatian utama pada hari penyerang remaja Manchester United (MU) Mason Greenwood menyelamat­kan keputusan seri 1-1 dengan Everton.

Kevin De Bruyne menjaringk­an dua gol dan mengumpan bola kepada Raheem Sterling untuk satu lagi gol City manakala Arsenal tumpas kepada satu lagi kekalahan yang memalukan di stadium sendiri.

Kemenangan menyaksika­n City merapatkan jurang dengan pendahulu Liverpool kepada 14 mata semula dan empat mata di belakang pasukan di tempat kedua Leicester, yang akan mengunjung­i mereka pada hujung minggu depan.

Sebaliknya Arsenal kekal di tempat kesembilan selepas mencatatka­n hanya satu kemenangan sahaja dalam 12 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertanding­an.

City menjaringk­an gol pada minit kedua apabila hantaran lintang rendah Gabriel Jesus sampai kepada De Bruyne untuk merembat bola yang mencecah bumbung jaring.

Para pemain Pep Guardiola telah dirobek dengan kejam dalam serangan balas ketika mereka tewas kepada Manchester United pada hujung minggu lepas.

Namun pasukan pelawat menggandak­an kelebihan mereka pada minit ke-15 dengan De Bruyne sebagai pencipta apabila dia membawa bola ke depan sebelum dia melorongka­n bola kepada Sterling untuk menolak masuk golnya yang ke-16 pada musim ini.

De Bruyne sekali lagi mempamerka­n kualitinya yang lebih tinggi berbanding mana-mana pemain lain di atas padang lima minit sebelum waktu rehat apabila dia merembat bola ke sudut bawah gawang dari luar kotak penalti.

“Kami mencatatka­n kemenangan yang luar biasa tetapi cara kami bermain menentang Manchester United adalah lebih baik dalam banyak, banyak segi,” kata Guardiola.

“Kami kadang-kadang bermain jauh lebih baik berbanding pada hari ini tetapi tewas. Saya tahu kita dinilai dengan keputusan tetapi saya ada kewajipan untuk menilai prestasi, bukan hanya keputusan sahaja.”

Di Molineux, anak buah Mourinho terpaksa mengerahka­n keringat dalam perlawanan menentang Wolves untuk memberikan kekalahan pertama kepada pasukan tuan rumah dalam 12 perlawanan liga.

Jaringan menakjubka­n Adama Traore telah mengikat gol pembukaan awal oleh pemain sayap Tottenham Lucas Moura sebelum Vertonghen tunduk untuk menanduk masuk bola dari tendangan sudut Christian Eriksen dalam masa tambahan.

Spurs kini dapat memasuki kelompok empat teratas sebelum Natal jika mereka menewaskan Chelsea di stadium sendiri pada hujung minggu depan dan Mourinho telah menetapkan matlamat untuk layak ke Liga JuaraJuara pada musim akan datang.

“Kita bermain kira-kira selama setahun tanpa memenangi sebarang perlawanan di tempat lawan dalam Liga Perdana dan kita berjaya mencatatka­n dua kemenangan dalam masa yang singkat,” tambah Mourinho.

“Sekarang kita tidak melihat bahagian bawah carta liga, kita melihat bahagian lebih tinggi di atas. Perlawanan ini adalah perlawanan yang istimewa kerana pasukan lawan adalah pasukan lawan yang istimewa.”

MU berada satu mata di belakang Tottenham di tempat keenam selepas momentum daripada pencapaian mereka yang mengagumka­n baru-baru ini diperlahan­kan oleh keputusan seri dengan Everton.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer ketinggala­n apabila Victor Lindelof menjaringk­an gol sendiri yang kontrovers­i pada separuh masa pertama setelah rayuan MU bagi kekasaran ke atas David de Gea tidak dipedulika­n oleh VAR.

“Ia adalah kekasaran yang jelas tetapi ia tidak bermakna bagi saya untuk merungut. Ia (VAR) akan lebih baik pada tahun depan. Mereka perlu menelitiny­a,” kata Solskjaer.

Namun Greenwood, yang dimasukkan pada babak kedua, menggarisk­an potensinya yang tinggi dengan satu jaringan klinikal 13 minit sebelum sepenuh masa.

Pemain berusia 18 tahun itu merupakan pemain ketiga paling muda untuk menjaringk­an gol dalam EPL di Old Trafford selepas dua bekas penyerang MU Federico Macheda dan Danny Welbeck.

Greenwood, yang dilahirkan di Bradford dan merupakan produk akademi remaja MU, kini mempunyai tujuh gol pada musimnya yang menyerlah selepas dia menjaringk­an dua gol dalam penampilan­nya sebelum ini menentang Alkmaar dalam Liga Europa pada Khamis lepas. — AFP

“Kami mencatatka­n kemenangan yang luar biasa tetapi cara kami bermain menentang Manchester United adalah lebih baik dalam banyak, banyak segi. ”

Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ?? — Gambar AFP ?? DIKAWAL KETAT: De Bryune (dua kiri) diasak oleh tiga pemain Arsenal ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Emirates, London kelmarin.
— Gambar AFP DIKAWAL KETAT: De Bryune (dua kiri) diasak oleh tiga pemain Arsenal ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Emirates, London kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia