Utusan Borneo (Sarawak)

Gol lewat Arnold berikan kekalahan 2-1 kepada Moenchengl­adbach di Wolfsburg

-

BERLIN: Jurulatih Borussia Moenchengl­adbach Marco Rose membanding­kan pasukannya dengan beg tumbukan selepas mereka gagal untuk kembali ke tempat teratas Bundesliga pada Ahad apabila rembatan kencang Max Arnold dalam masa kecederaan memberikan kekalahan 2-1 kepada mereka di Wolfsburg.

Moenchengl­adbach tiba di stadium Volkswagen Arena dengan kesedaran bahawa kemenangan ketiga berturut-turut dalam liga akan meletakkan mereka semula di tempat nombor satu di atas Leipzig yang menbenam Fortuna Duesseldor­f 3-0 pada Sabtu lepas.

Pasukan Rose tewas dalam perlawanan kedua berturuttu­rut ekoran kekalahan pada pertengaha­n minggu lepas kepada Istanbul Basaksehir dalam Liga Europa.

“Saya mendapati ia amat mengecewak­an – walaupun saya tahu ia akan berlaku – bahawa pasukan saya akan dilayan seperti ini, seperti beg tumbukan yang sedang ditumbuk di sana sini,” kata Rose.

“Kita telah menjawab semua soalan yang orang tanya tentang kita selama tujuh atau lapan minggu, maka itu pada minggu ini, kita memperoleh­i dua keputusan yang mengecewak­an – dan sekarang orang kata kami tidak dapat menanganin­ya,” tambahnya.

Cubaan Arnold, 42 saat selepas masa tambahan, dilakukan selepas Breel Embolo bertindak balas untuk Borussia ekoran jaringan pembukaan oleh Xaver Schlager dalam masa 15 minit pertama.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan selepas 13 minit, apabila Schlager menolak bola dengan tepi kaki ke dalam gawang dari jarak dekat untuk menjaringk­an gol pertamanya pada musim ini.

Bagaimanap­un Gladbach membalas dua minit kemudian apabila Embolo, penyerang Switzerlan­d, merembat masuk hantaran lintang dari Alassane Plea di tiang belakang untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Dari sana, permainan menjadi kasar, dengan enam kad kuning yang dilayangka­n, tiga dalam setiap babak, apabila kedua-dua pasukan memburu gol kemenangan.

Dengan masa yang semakin suntuk, Arnold menyambut bola yang tidak dikeluarka­n dengan baik di luar kotak penalti dan menendangn­ya dengan kemas melepasi penjaga gol Yann Sommer untuk mengutip tiga mata.

Pasukan The Wolves memintas Hoffenheim untuk menduduki tempat kelapan, manakala Gladbach jatuh ke tempat kedua selepas 10 minggu di tempat teratas liga dan kini berada dua mata di belakang Leipzig.

 ?? — Gambar AFP ?? CERIA: Arnold (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan Bundesliga menentang Moenchengl­adbach di Wolfsburg kelmarin.
— Gambar AFP CERIA: Arnold (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan Bundesliga menentang Moenchengl­adbach di Wolfsburg kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia