Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal harus membuat pelantikan tetap dengan cepat: Ljungberg

-

LONDON: Pengurus sementara Arsenal Freddie Ljungberg percaya kelab itu mesti membuat pelantikan tetap dengan cepat untuk menghentik­an kejatuhan mereka selepas Manchester City yang didorong oleh Kevin De Bruyne mencatatka­n kemenangan 3-0 di stadium Emirates pada Ahad.

De Bruyne menjaringk­an dua gol dan melorongka­n bola kepada Raheem Sterling bagi satu lagi jaringan City untuk meninggalk­an Arsenal di tempat kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris selepas mencatatka­n hanya satu kemenangan sahaja dalam 12 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertanding­an.

Ljungberg sudah menggalas tugas untuk lima daripada perlawanan-perlawanan tersebut, tetapi berharap pelantikan tetap dapat dibuat sebelum kunjungan ke Everton pada hujung minggu depan.

“Ia adalah satu penghormat­an yang besar untuk melakukan ini, tetapi saya telah menyatakan saya rasa ia perlu diselesaik­an, untuk membuat keputusan supaya semua orang tahu,” kata Ljungberg.

“Ia bergantung sepenuhnya kepada kelab. Saya cuba membuat perkara sebaik mungkin tetapi ia mungkin bagus untuk membuat keputusan, tidak kira apa pun keputusan itu.”

Keraguan tiada bahawa City akan bangkit daripada kekalahan dalam perlawanan tetangga kepada Manchester United pada hujung minggu lepas yang meletakkan mereka 14 mata di belakang Liverpool di bahagian teratas liga selepas De Bruyne membuka jaringan selepas hanya 90 saat sahaja.

Cubaan Gabriel Martinelli merupakan satu-satunya cubaan yang menemui sasaran dalam masa minit pertama tetapi Ederson menghalang cubaan rakan senegarany­a dari Brazil itu.

Persiapan Arsenal untuk perlawanan itu diganggu oleh kontrovers­i berhubung sokongan Mesut Ozil kepada masyarakat minoriti Muslim Uighur di wilayah Xinjiang di China.

Badan penyiaran kerajaan China CCTV membatalka­n liputan untuk perlawanan itu dan Arsenal menjauhkan diri daripada kenyataan Ozil.

Pemain Jerman itu masih dipilih oleh Ljungberg, tetapi gagal memberi impak sebelum digantikan pada minit ke-60 dan perjalanan­nya yang perlahan ke garisan padang sebelum dia melemparka­n sarung tangannya dengan hampa menimbulka­n kemarahan beberapa penyokong Arsenal yang tidak berpuas hati.

“Isu China itu, itu adalah satu perbincang­an politik yang saya serahkan kepada kelab untuk uruskan,” tambah Ljungberg.

“Apabila ia adalah mengenai perkara lain, dia harus rasa marah apabila dia dikeluarka­n, tetapi saya adalah jurulatih, saya membuat keputusan kerana kami memerlukan tenaga tambahan dalam pasukan.

“Kita adalah sebuah pasukan yang mahu menguasai permainan tetapi kadangkada­ng kita perlu berlari dan membentes dan cuba mendapatka­n bola semula.”

Hanya Leno yang memastikan keputusan tidak menjadi lebih memalukan lagi bagi Arsenal apabila dia menyelamat­kan bola dalam situasi satu lawan satu dengan Jesus dan di tiang dekatnya dari Riyad Mahrez. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia