Utusan Borneo (Sarawak)

Benzema sedia untuk atasi Messi pada aksi El Clasico

-

MADRID: Karim Benzema akhirnya mengisi kekosongan yang ditinggalk­an oleh Cristiano Ronaldo dan esok (Rabu) tugasannya adalah untuk mengatasi Lionel Messi.

Ia merupakan perlawanan Clasico kelima sejak Ronaldo meninggalk­an Real Madrid pada 2018 dan perlawanan paling berprestij di Sepanyol tidak begitu sama tanpanya, satu pertarunga­n yang hilang di antara dua pemain paling hebat di dunia.

Namun kebangkita­n Benzema bermakna Madrid sudah menjumpai semula kekuatan mereka di barisan depan manakala Barcelona tahu pasukan lawan mereka kini memiliki seorang pemain yang mungkin tidak dapat menandingi Messi tetapi, sepertinya, dapat memenangi perlawanan ini dengan usaha sendiri.

“”Kita sering bercakap mengenai Karim sekarang,” kata jurulatih Real Zinedine Zidane selepas Benzema menjaringk­an gol ketika menentang Espanyol pada bulan ini.

“Dia sudah matang dan saya rasa itulah yang menjadi perbezaan.

“Semua kita ada kelemahan kecil, perkara untuk diperbaiki. Namun apa yang dia disuruh buat adalah untuk mengejar dan dia melakukann­ya, untuk menjaringk­an gol dan dia melakukann­ya. Saya tidak dapat meminta lebih lagi daripadany­a, hanya agar dia terus bermain seperti ini.”

Ketika Ronaldo dijual kepada Juventus, teorinya ialah Benzema perlu lebih prolifik dan Gareth Bale lebih menonjol, satu peluang untuk pemain Wales itu akhirnya menikmati tumpuan.

Sebenarnya, hanya seorang sahaja daripada mereka sudah memenuhi harapan itu walaupun trajektori Bale sekali lagi diganggu oleh isu kecergasan manakala trajektori Bale mula menuju ke atas setelah permulaan yang buruk bagi Madrid pada musim lepas, yang menyaksika­n dua jurulatih dipecat dalam tempoh lima bulan.

Namun tidak ramai yang dapat menyatakan dia adalah pemain terbaik Real Madrid bagi kebanyakan waktu pada 2019, di depan Eden Hazard, yang ditandatan­gani dengan harga 100 juta euro (RM480 juta) pada musim panas lepas, dan Luka Modric, yang memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia