Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gol Ronaldo kembalikan Juve ke landasan kemenangan ekoran kekalahan pertama kepada Lazio

-

JITRA: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah menghantar kertas cadangan kepada syarikat penerbanga­n gergasi, Qatar Airways untuk dijadikan rakan penaja bagi skuad Lang Merah ketika saingan Liga Malaysia (LigaM) dan saingan Liga JuaraJuara Asia (ACL) musim depan.

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata walaupun masih belum mendapat maklum balas daripada pihak Qatar Airways, KFA berharap syarikat penerbanga­n itu berminat untuk menjadi rakan penaja walaupun tidak menjadi penaja utama kepada pasukan Kedah.

“Memang KFA ada intai Qatar Airways untuk jadi penaja pasukan Kedah, tetapi kita kena faham tahap standard tajaan mereka macam mana. Walaupun tidak tahu macam mana, kita cuba nasib dan kertas cadangan pun sudah dihantar kepada mereka dan sekarang terpulang kepada mereka.

“Kalau mereka bagi (tajaaan) baguslah kerana musim depan kita perlukan tajaan besar kerana terlibat dalam saingan ACL. Penyokong jangan dengar khabar angin yang tersebar kerana sehingga kini memang masih belum ada jawapan rasmi lagi,” ulasnya mengenai pemohonan tajaan daripada Qatar Airways baru-baru ini.

Terdahulu, beliau telah menghadiri Majlis Pembukaan dan Perasmian Luna Light Wonderland di Taman Tasik Darulaman di sini, malam tadi.

Mohd Asmirul berkata selain Qatar Airways, KFA juga ada meminta tajaan daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk turut menjadi penaja bersama kepada pasukan Kedah.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Asmirul Anuar berkata kerajaan negeri kini giat mempromosi­kan tempat pelanconga­n di Kedah dengan mempamerka­n gambargamb­ar terpilih daripada pertanding­an fotografi ‘The Beauty of Kedah’ antaranya di papan iklan di lebuh raya, jeti dan lapangan terbang. — Bernama

MILAN: Cristiano Ronaldo menjaringk­an dua gol apabila Juventus menewaskan Udinese 3-1 untuk menyertai Inter Milan di tempat teratas carta Serie A pada Ahad selepas pasukan Antonio Conte diikat 1-1 di Fiorentina.

Dusan Vlahovic merampas satu mata untuk Fiorentina dua minit selepas tambahan masa kecederaan untuk menghampak­an Inter Milan yang sebelum itu mendahului dengan gol pembukaan Borja Valero selepas lapan minit di Tuscany.

Juventus dan Inter Milan sudah mengutip 39 mata daripada 16 perlawanan, dengan pasukan Conte di depan berdasarka­n kelebihan jaringan.

Ronaldo menjaringk­an dua gol pada separuh masa pertama untuk menjadikan­nya lima jaringan dalam empat perlawanan apabila juara bertahan itu kembali ke landasan kemenangan ekoran kekalahan pertama pada musim ini kepada Lazio pada hujung minggu lepas.

“Itulah caranya kita perlu bermain, dengan keyakinan,” kata Ronaldo.

Bintang Portugal itu menolak masuk cubaan Paulo Dybala yang melantun balik selepas sembilan minit di Stadium Allianz, dan melepasi barisan pertahanan untuk menyudahka­n bola hantaran lintang Gonzalo Higuain pada minit ke-36.

Leonardo Bonucci menjamin tiga mata dalam genggaman sejurus sebelum waktu rehat apabila dia menanduk bola masuk dari jarak dekat.

Ignacio Pussetto menyumbat gol untuk Udinese yang menduduki tempat ke-17 empat minit selepas tambahan masa kecederaan.

“Ia merupakan kali pertama selepas perlawanan Liga Juara-Juara di mana kami berjaya menyerang perlawanan dengan baik,” kata jurulatih Juventus, Maurizio Sarri.

“Kami bermain dengan sangat baik selama 60 minit.”

Di Florence, Valero menjaringk­an gol selepas menerima bola hantaran lintang dari Marcelo Brozovic dalam perlawanan menentang kelab lamanya.

Namun pasukan pelawat tidak dapat menguasai perlawanan sepenuhnya.

Lautaro Martinez menyumbat bola ke dalam gawang selepas 39 minit tetapi ia dibatalkan kerana Romelu Lukaku berada di posisi ofsaid.

Penjaga gol Fiorentina, Bartlomiej Dragowski, bertindak cemerlang untuk menafikan Lukaku beberapa minit kemudian.

Namun ketika Fiorentina kelihatan seperti akan mengalami kekalahan kelima berturut-turut, Vlahovic, pemain Serb berusia 19 tahun, melakukan larian dari bahagianny­a sendiri untuk meninggalk­an Milan Skriniar dan merembat bola ke dalam gawang dari satu sudut.

Ia bermakna keputusan seri kedua berturut-turut bagi Inter selepas Roma pada hujung minggu lepas, dan setelah mereka disingkirk­an dari Liga Juara-Juara oleh Barcelona pada Selasa lepas.

“Ia adalah perlawanan ketiga di mana kami tidak mendapatka­n apa yang sewajarnya bagi kami,” kata Conte.

“Kami tidak pandai menggunaka­n peluang kami yang banyak.

“Mungkin kami menanggung akibatnya bagi keletihan. Kami bermain dalam tujuh perlawanan dalam tempoh 21 hari, dengan Lautaro dan Lukaku yang kerap bermain.”

Tekanan masih dirasai jurulatih Vincenzo Montella dengan kemenangan terakhir Fiorentina pada 30 Oktober, dan perlawanan mereka seterusnya menentang Roma.

Roma naik ke tempat keempat untuk tempat dalam Liga Juara-Juara selepas tiga jaringan pada babak kedua memastikan kemenangan 3-1 ke atas kelab tercorot SPAL.

Andrea Petagna telah meletakkan SPAL di depan menerusi tendangan penalti sejurus sebelum waktu rehat selepas Aleksandar Kolarov dengan cemerkap menjatuhka­n Thiago Cionek dalam kotak penalti.

Namun Lorenzo Pellegrini menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah lapan minit selepas waktu rehat dengan satu rembatan yang masuk selepas ia terkena Nenad Tomovic.

Diego Perotti meletakkan Roma di depan dengan tendangan penalti pada minit ke-66 sebelum pemain gantian Henrikh Mkhitaryan menjamin kemenangan tujuh minit sebelum tamat.

Roma berada satu mata di belakang musuh tetangga yang menduduki tempat ketiga Lazio, yang menentang pasukan di tempat kelima Cagliari semalam.

“Hari ini, ia adalah penting untuk menang,” kata jurulatih Roma, Paulo Fonseca.

Napoli turun ke tempat kelapan – 11 mata di bawah kelompok empat teratas – selepas naib juara pada musim lepas itu tewas 2-1 kepada Parma pada Sabtu lepas.

Atalanta menduduki tempat keenam selepas mereka kecundang 2-1 di Bologna hanya beberapa hari sahaja selepas pendatang baharu ke Liga Juara-Juara itu menempah tempat mereka pada peringkat 16 terakhir pertanding­an tersebut.

Rodrigo Palacio membuka jaringan selepas 12 minit untuk Bologna selepas cubaan Riccardo Orsolini melantun kepadanya dari tiang gol.

Andrea Poli menanduk masuk gol kedua lapan minit selepas waktu rehat, sebelum Ruslan Malinovsky­i mengurangk­an jurang dengan satu jaringan pada minit ke-60.

Pasukan Gian Piero Gasperini menduduki tempat keenam dengan 28 mata, empat mata dari tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara.

AC Milan diikat tanpa jaringan oleh Sassuolo di San Siro apabila bekas gergasi Eropah itu meraikan ulang tahun mereka yang ke-120 dengan suam.

Theo Hernandez menyaksika­n jaringanny­a dibatalkan selepas setengah jam kerana Franck Kessie menyentuh bola dalam gerakan sebelum itu, manakala cubaan Rafael Leao terkena palang dan tiang gol.

Pasukan Stefano Pioli tidak dapat mencatatka­n tiga kemenangan berturut-turut dan menduduki tempat ke-10 manakala Sassuolo berada tiga tempat dan lima mata di bawah.

Hellas Verona bangkit selepas ketinggala­n tiga gol apabila ketiga-tiga pemain gantian menjaringk­an gol dalam masa 15 minit pada separuh masa kedua untuk mengikat Torino 3-3. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Ronaldo (kiri) diasak oleh pemain Udinese, Rodrigo De Paul ketika beraksi pada perlawanan Serie A di Stadium Allianz, Turin kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Ronaldo (kiri) diasak oleh pemain Udinese, Rodrigo De Paul ketika beraksi pada perlawanan Serie A di Stadium Allianz, Turin kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia