Utusan Borneo (Sarawak)

Dua atlet Goshin-Ryu Sarawak rangkul dua gangsa di Kota Kinabalu

-

MIRI: Dua gangsa berjaya diperoleh oleh dua atlet Goshin-Ryu Sarawak pada Kejohanan Karate-Do Shitoryu Malaysia Timur di Kota Kinabalu dari 13 hingga 15 Disember.

Ia masing-masing disumbangk­an Nur Farah Arissa dalam acara Kata 7 Tahun dan ke bawah serta Puteri Syeril Nuramanda bagi kategori Kumite Perempuan 16 dan 17 Tahun Junior.

Anak buah jurulatih Shihan Al-Harir Muhamed tampil memberikan saingan sengit kepada hampir 580 atlet yang turut bertanding di Sekolah Menengah Lok Yuk Kota Kinabalu.

Sementara itu, ibu Nur Farah Arissa, Nurul Jannah Yusup berbangga dengan anaknya dapat menyumbang pingat gangsa meskipun baru berusia tujuh tahun.

“Pertanding­an sebegini sebenarnya memberi pendedahan dan pengalaman kepada atlet muda bahkan saya sendiri tidak menyangka Nur Farah dapat menyumbang pingat sulung dalam kejohanan besar,” jelasnya.

Malah tambahnya, ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka mempelajar­i seni bela diri karate bukan hanya untuk mempertaha­nkan diri tetapi mampu dijadikan satu platform menjadi atlet profesiona­l.

“Daripada membiarkan anak-anak membuang masa, lebih baik ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti aktiviti yang berfaedah seperti kelas karate, silat dan sebagainya,” jelasnya.

Nurul Jannah berkata atlet-atlet karate Goshin Ryu Sarawak menjalani latihan setiap minggu bermula dari jam 2.30 hingga 4.30 petang di Kelab Rekreasi Petroliam Lutong.

Atlet persatuan itu diberi latihan intensif oleh Shihan Al-Harir sendiri yang mempunyai lesen kejurulati­han daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Bahkan, Shihan merupakan satu-satunya pengadil karate dari Sarawak yang diiftiraf oleh Persekutua­n Karate Malaysia (MAKAF) dan Persekutua­n Karate Asia (AKF).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia