Utusan Borneo (Sarawak)

WIRA RUMAH PANJANG

Tindakan pantas remaja selamatkan rumah panjangnya daripada ranap dijilat api.

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Tindakan pantas seorang remaja lelaki berjaya menyelamat­kan rumah panjangnya daripada ranap dijilat api dalam kebakaran di Nanga Lipus Jalan Rantau Kemiding, Kanowit petang kelmarin (Ahad).

Alexsidi Wifred ,13, segera mendapatka­n alat pemadam api jenis serbuk kering dan menyemburk­annya ke arah api sedang marak di bahagian dapur di antara bilik 12 dan 13.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.23 petang.

Seramai 11 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 22 kilometer.

“Setibanya di lokasi, api yang menyebabka­n bilik dapur berkeluasa­n 10x10 terbakar kira-kira 10 peratus itu telah dipadamkan oleh Alexsidi.

“Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Arrahman telah memuji tindakan pantas Alexsidi mengawal dan memadamkan api kebakaran tersebut.

Katanya, pengetahua­n Alexsidi dalam mengendali­kan alat pemadam api tersebut telah berjaya menyelamat­kan rumah panjangnya.

“Beliau mempunyai pengalaman mengendali­kan alat pemadam api tersebut menerusi Program Kesedaran Pendidikan Bomba yang diadakan di sekolahnya,” ujar beliau.

Katanya, adalah amat penting bagi setiap kediaman termasuk rumah panjang terutama yang jauh dari kawasan bandar memiliki alat pemadam api.

Tidak cukup dengan itu, Arrahman turut menekakan penduduk juga perlu mahir mengendali­kan alat pemadam api tersebut sekiranya berlaku bencana kebakaran.

Katanya, pihaknya akan meneruskan program kesedaran dan keselamata­n awam, agar lebih ramai penduduk di Kanowit amnya mahir menggunaka­n alat pemadam api.

 ??  ?? SIASAT: Anggota bomba yang bergegas ke lokasi sedang melakukan
siasatan.
PANTAS: Alexsidi berjaya menyelamat­kan rumah panjangnya daripada
musnah dijilat api.
SIASAT: Anggota bomba yang bergegas ke lokasi sedang melakukan siasatan. PANTAS: Alexsidi berjaya menyelamat­kan rumah panjangnya daripada musnah dijilat api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia