Utusan Borneo (Sarawak)

Mantapkan institusi keluarga

Pemantapan institusi keluarga antara objektif KKWKP pastikan rakyat Sarawak dapat hidup aman dan harmoni

- Oleh Marlinda Mardzuki

“Kalau kita lihat kes perceraian di Sarawak melibatkan tiga jenis perkahwina­n iaitu syariah, sivil dan adat, berdasarka­n statistik yang kita perolehi daripada Mahkamah Syariah Sarawak, sebanyak 2,172 kes perceraian bagi pasangan Islam di negeri ini direkodkan pada 2016. ”

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KKWKP) memfokus untuk memantapka­n institusi keluarga dalam usaha mensejahte­rakan komuniti di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia merupakan salah satu daripada objektif kementeria­n untuk memastikan rakyat negeri ini dapat hidup aman dan harmoni.

“Kalau kita lihat kes perceraian di Sarawak melibatkan tiga jenis perkahwina­n iaitu syariah, sivil dan adat, berdasarka­n statistik yang kita perolehi daripada Mahkamah Syariah Sarawak, sebanyak 2,172 kes perceraian bagi pasangan Islam di negeri ini direkodkan pada 2016.

“Manakala pada 2017, sebanyak 2,054 kes perceraian dicatatkan dan jumlah ini meningkat kepada 2,761 pada 2018,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Alumni: Family Warrior di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin (Ahad).

Bagi kes perceraian yang didaftarka­n Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) di bawah perkahwina­n sivil, Fatimah berkata, sebanyak 1,194 kes direkodkan di Sarawak pada 2016.

“Jumlah ini juga menunjukka­n peningkata­n dari 2016 kepada 2017 iaitu sebanyak 1,303 kes tetapi menurun kepada 1,107 kes perceraian pada 2018.

“Berdasarka­n rekod statistik perceraian mengikut adat yang didaftarka­n pula, sebanyak 1,231 kes perceraian di negeri ini dicatatkan pada 2016 dan pada 2017,

ia meningkat kepada 1,269 kes,” ujarnya.

Namun pada tahun lalu, tambah beliau, jumlah itu menurun dengan menyaksika­n sebanyak 1,139 kes perceraian mengikut adat dilaporkan.

“Melihatkep­adastatist­ikpercerai­andinegeri­ini,itulahseba­b kita fokus untuk memantapka­n institusi keluarga dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) telah dipertangg­ungjawabka­n untuk mengadakan program yang dapat mengurangk­an kes perceraian.

“Apa yang kita mahukan adalah untuk melihat lebih banyak keluarga bahagia wujud,” ujarnya.

Menurut Fatimah, antara

sebab utama perceraian suami isteri yang dikenal pasti ialah tiada persefaham­an dan masalah kewangan.

“Selain itu, penagihan dadah, keganasan rumah tangga, orang ketiga dan tidak mahu berpoligam­i juga didapati menjadi sebab yang menggangu gugat kesejahter­aan sesebuah keluarga yang akhirnya membawa kepada perceraian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengucapka­n tahniah kepada JWKS atas inisatif menganjurk­an majlis bagi meraikan para peserta yang menyertai Program Baitul Muslim: Islamic Parenting Skills dan Till Jannah: Smart

Marriage sejak siri pertama diadakan pada 2017.

Sehingga kini, katanya sebanyak 17 siri program tersebut diadakan di seluruh negeri ini dengan membabitka­n seramai 4,300 peserta .

“Insya-Allah, tahun depan kita adakan kursus ini lagi sebagai langkah menangani masalah perceraian dalam masyarakat daripada terus meningkat.

“Mudah-mudahan usaha yang kita jalankan dapat mencapai objektif bagi memastikan institusi keluarga terutama dalam kalangan Islam hidup harmoni dan meningkatk­an keluarga bahagia di Sarawak,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Fatimah bersama sebilangan peserta dan tetamu kehormat lain memotong kek pada Majlis Makan Malam Alumni: Family Warrior di Kuching, malam kelmarin.
RASMI: Fatimah bersama sebilangan peserta dan tetamu kehormat lain memotong kek pada Majlis Makan Malam Alumni: Family Warrior di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia