Utusan Borneo (Sarawak)

LAPANGAN TERBANG SPAOH LIMA TAHUN LAGI: ABANG JOHARI

DCA perlu masa untuk buat pengaturan diperlukan untuk beroperasi selain tempoh pembinaan sebenar

-

BETONG: Lapangan Terbang Spaoh di Bebuling dekat sini dijangka menjadi kenyataan dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) memerlukan masa untuk membuat pengaturan yang diperlukan untuk beroperasi selain tempoh pembinaan sebenar.

“Sri Aman, Betong dan sebahagian Sarikei berpotensi besar untuk pertanian dan dijadikan sebagai kawasan ‘Food Basket’.

“Lapangante­rbanginiad­alah logistik yang diperlukan bagi produk ladang segar menembusi pasaran dengan lebih cepat.

“Tetapi kita perlu mengunakan pertanian moden seperti sistem fertigasi dan ‘Internet of Things (IoT),” katanya pada Sesi Town Hall di Dewan Stephen Kalong Ningkan di sini kelmarin (Ahad).

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu.

Kos bagi lapangan terbang ini adalah RM108 juta dan adalah landasanme­ndaratdanb­erlepas pendek dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.

Sementara itu, Uggah berterima kasih kepada Abang Johari atas peruntukan RM20 juta bagi membantu nelayan membeli peralatan baharu.

Peruntukan itu katanya, adalah tambahan kepada bantuan daripada kerajaan persekutua­n bagi membantu komuniti nelayan pada musim tengkujuh.

Uggah turut berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana meluluskan RM5.2 juta bagi membina pusat inovasi di satu tapak baharu di sini.

Mengenai konsep pertanian moden,Uggahberka­taterdapat dua model ladang fertigasi di Simpang Layard an di SMK Spaoh. “Kita kini menunggu keputusan kerajaan negeri mengenai penubuhan Taman Agro di Debak.

“Memandangk­an banyak projek yang akan datang, saya berharap rakyat akan terus bersatu dan memberi sokongan penuhkepad­akerajaann­egeri,” kata Uggah.

“Lapangan terbang ini adalah logistik yang diperlukan bagi produk ladang segar menembusi pasaran dengan lebih cepat. ”

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? MESRA RAKYAT: Abang Johari (tengah) dan Uggah (kanan) berswafoto bersama tetamu yang hadir pada Sesi Town Hall di Betong,
Ahad lepas.
MESRA RAKYAT: Abang Johari (tengah) dan Uggah (kanan) berswafoto bersama tetamu yang hadir pada Sesi Town Hall di Betong, Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia