Utusan Borneo (Sarawak)

FARED BINTANG DALAM PEMBIKINAN

Pelajar SMK Dato Permaisuri ini beraksi cemerlang pada Kejohanan Bolasepak Jemputan Kuala Lumpur

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Fared Haikal Adli, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri bakal menjadi bintang baharu bola sepak selepas beraksi cemerlang pada Kejohanan Bolasepak Jemputan Kuala Lumpur 2019.

Jurulatih yang menghidu bakat muda ini, Mohamad Hakimi Man berkata Fared telah membantu pasukan Harimau Olimpia muncul juara kejohanan itu.

“Sebelum ini Fared juga telah membantu Harimau Olimpia FC menjuarai Phuket Internatio­nal U-15 Cup 2019 di Thailand dan ia adalah satu kejayan luar biasa bagi anak tempatan Miri,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Hakimi berkata Fared antara pemain yang dilihat berpotensi bergerak lebih jauh dalam bola sepak sehingga diberi ruang oleh Harimau Olimpia FC untuk menyertai dua kejohanan di luar Sarawak.

“Kita amat berterima kasih kepada pemilik Harimau Olimpia FC Datuk Rosniaida Ismail yang memberi ruang dan peluang kepada pemain kita beraksi pada kejohanan luar,” ujarnya.

Harimau Olimpia FC membenam Kuala Lumpur Youth Soccer Academy pada perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Jemputan Kuala Lumpur 2019.

“Sebenarnya masih ramai pemain dari luar bandar yang berbakat dan berpotensi sama seperti Fared dan kita yakin akan melahirkan ramai pemain muda yang memiliki standard yang tinggi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Hakimi pernah menyenarai­kan Fared untuk beraksi pada Cabaran Bola Sepak Bawah 15 Tahun Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Menengah di Kelantan, namun rezeki tidak berpihak kepadanya.

“Namun, usaha untuk menonjolka­n bakat Fared dihidu pasukan Harimau Olimpia FC sehingga pemain kelahiran Miri itu membantu pasukan menjuarai dua kejohanan serentak,” ujarnya.

Hakimi percaya Fared selepas ini akan menjadi antara pemain yang akan diburu pasukan-pasukan bola sepak tempatan.

“Saya telah melahirkan ramai pemain bola sepak yang telah beraksi bersama kelab-kelab di Liga Super dan Liga Malaysia, saya percaya Fared akan menjadi pemain profesiona­l kelak,” jelasnya.

Hakimi menjelaska­n pemain tempatan yang berbakat ini perlu diberi pendedahan bertanding di peringkat tertinggi agar mereka belajar daripada pengalaman dan matang dari segi permainan.

“Sebelum ini Fared juga telah membantu Harimau Olimpia FC menjuarai Phuket Internatio­nal U-15 Cup 2019 di Thailand dan ia adalah satu kejayan luar biasa bagi anak tempatan Miri. ”

Mohamad Hakimi Man Jurulatih

 ??  ??
 ??  ?? BINTANG BAHARU: Fared (kiri) bergambar bersama Rosniaida (tengah) dan Hakimi (kanan) selepas beraksi cemerlang membantu Harimau Olimpia FC menang dua kejohanan serentak baru-baru ini.
BINTANG BAHARU: Fared (kiri) bergambar bersama Rosniaida (tengah) dan Hakimi (kanan) selepas beraksi cemerlang membantu Harimau Olimpia FC menang dua kejohanan serentak baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia