Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan pembelian saham Petronas bukan isu dibincang secara mendalam

-

KUCHING: Pejabat Ketua Menteri menegaskan bahawa cadangan pembelian saham dalam Petronas oleh Sarawak bukan antara isu dibincangk­an secara mendalam dalam Jawatankua­sa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ini kerana menurut Pejabat Ketua Menteri perincian mengenai perkara berkaitan minyak dan gas hanya dibincangk­an secara berasingan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ketua Menteri Sarawak (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) dan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal).

Justeru ujar Pejabat Ketua Menteri, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen tidak mengetahui perincian maklumat berhubung isu-isu saham minyak dan gas serta tidak mempunyai kuasa untuk mendedahka­n sebarang maklumat berhubung rundingan itu, sekiranya ada.

“Selain itu, perlu diingatkan bahawa pembelian saham-saham dalam anak syarikat Petronas tidak boleh disamakan dengan pembelian sama melibatkan saham syarikat induk Petronas.

“Sarawak mempunyai saham dalam anak-anak syarikat Petronas seperti LNG dan merupakan rakan ekuiti dalam SMDS. Sehingga kini, tidak ada tawaran untuk pembelian saham Petronas kepada Sarawak,” ujar kenyataan itu.

Sementara itu, semalam juga Abang Johari menghadiri mesyuarat bersama Dr Mahathir dan Shafie di Putrajaya.

Mesyuarat itu membincang­kan isu-isu berkaitan hak-hak Sarawak dan Sabah terhadap sumber-sumber minyak dan gas.

Mesyuarat berkenaan adalah sesi berasingan dengan Jawatankua­sa Pemandu MA63 bagi membincang serta menyelesai­kan isu-isu berkaitan hak-hak Sarawak dan Sabah ke atas minyak dan gas seperti di dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan MA63.

Bagaimanap­un setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai rundingan yang berlangsun­g selama satu jam setengah itu.

Pada Ahad, Chong yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak menerusi kenyataan media berkata pemimpin-pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak seharusnya cuba bermain politik berhubung cadangan penyertaan ekuiti dalam Petronas.

“Idea penyertaan Sarawak dalam ekuiti Petronas telah dibangkitk­an dalam Jawatankua­sa Pemandu MA63 dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari yang hadir pada mesyuarat itu menyatakan beliau tidak membantah cadangan tersebut.

“Semua yang berada dalam Jawatankua­sa Pemandu itu sedia maklum mengenai cadangan ini,” katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.

Chong berkata malah jawatankua­sa tersebut menentukan perincian penyertaan ekuiti Sarawak dalam Petronas akan dibincangk­an antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Oleh itu ujarnya, adalah tidak sesuai untuk beberapa pemimpin GPS mendakwa mereka tidak tahu mengenai tawaran tersebut.

Hakikatnya, menurut Chong, penyertaan ekuiti Sarawak dalam pengeluara­n minyak dan gas bermula dengan loji-loji Gas Asli Cecair (LNG), Kerajaan Sarawak memegang lima peratus saham dalam Malaysia LNG Sdn Bhd, 10 peratus saham masing-masing dalam Malaysia LNG Dua Sdn Bhd dan Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd.

 ??  ?? MESYUARAT: Abang Johari (tengah) bersama Shafie (kiri) ketika mengadakan mesyuarat dengan Dr Mahathir di Putrajaya semalam.
MESYUARAT: Abang Johari (tengah) bersama Shafie (kiri) ketika mengadakan mesyuarat dengan Dr Mahathir di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia