Utusan Borneo (Sarawak)

Pementasan teater seni budaya Zhong Hua, 22 Dis ini

-

SEREMBAN: Keunikan seni budaya Zhong Hua yang terhasil selepas penghijrah­an masyarakat Cina ke negara ini akan dipertonto­nkan kepada orang ramai menerusi sebuah pementasan teater tradisiona­l kesenian dan kebudayaan, pada 22 Disember ini.

Pengerusi Persatuan Soka Gakki Malaysia cawangan Negeri Sembilan Datuk Chong Khin Sang berkata persembaha­n teater selama dua jam itu akan memaparkan evolusi kebudayaan serta keunikan seni budaya Zhong Hua kepada orang ramai.

Teater berkenaan adakan dipentaska­n di Auditorium D’Sury, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera Negeri Sembilan (JKKNNS) di sini.

“Budaya Zhong Hua mempunyai sejarah yang lama, iaitu selepas orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu, dan pertembung­an budaya kaum Cina dengan budaya kaum-kaum lain telah menghasilk­an budaya Zhong Hua yang unik di Malaysia.

“Program ini juga adalah untuk menggalakk­an lagi interaksi dan persefaham­an antara budaya kaum-kaum di Malaysia serta mengukuhka­n perpaduan dan kemakmuran masyarakat,” katanya kepada Bernama di sini.

Pementasan teater berkenaan katanya akan melibatkan tujuh penceritaa­n seperti keunikan gaya seni, opera, warisan disemai budaya dikekalkan serta keunikan dan kepelbagai­an budaya dalam masyarakat Zhong Hua, melibatkan seramai 150 orang pelakon.

Sementara itu, Pengarah JKKNNS Mohd Radzi Omar berkata program seperti itu adalah sebagai langkah pemulihara­an dan pemelihara­an seni budaya etnik Cina.

“Penganjura­n program seperti ini dapat memberi peluang dan ruang kepada penggiat seni untuk terus berkarya,” katanya sambil menambah bahawa maklumat lanjut tentang pementasan tersebut itu boleh didapati dengan menghubung­i urus setia di talian 06-6331588.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia