Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA KOMPROMI BUAT PENGUSAHA BESI BURUK BELI BARANG CURI

-

MIRI: Polis memberi amaran kepada pengusaha besi buruk agar tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan dengan membeli barangan hasil curi daripada penjual.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata polis tidak akan berkomprom­i dengan pengusaha besi buruk sekiranya didapati mengaut keuntungan dengan cara yang salah ini.

“Kita nasihatkan kepada pengusaha-pengusaha pembeli besi buruk ini supaya berwaspada, jangan bagitahu dia tak tahu (mengenai barang yang dibeli dari penjual adalah hasil curi).

“Polis tidak akan berkomprom­i walaupun mereka ini berlesen, sekiranya membeli barang hasil curi maka kita akan tangkap juga,” tegas beliau kepada Utusan Borneo selepas Perhimpuna­n Bulanan Bilangan 1 Tahun 2020 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini semalam.

Pada masa sama menurutnya, kesan daripada sikap tidak bertanggun­gjawab ini menyebabka­n lesen pengusaha beli buruk akan dibatalkan sekali gus tidak akan disokong untuk diperbahar­ui.

Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut mengenai tiga kes kecurian kabel yang dilaporkan di sini kelmarin.

“Antara laporan yang diterima melibatkan kecurian kabel elektrik milik SESCO dan juga kabel syarikat telekomuni­kasi.

“Kejadian curi kabel sering dilaporkan di daerah ini, polis telah menjalanka­n penguatkua­saan dengan menangkap suspek yang dipercayai terlibat namun masih ada lagi kumpulan lain terlibat,” ujar beliau sambil menambah polis akan memastikan suspek yang dikenal pasti akan ditangkap.

Terdahulu dalam ucapan beliau pada perhimpuna­n bulanan berkata pasukan polis kini sedang giat berusaha meningkatk­an mutu perkhidmat­an kepada masyarakat.

“Antara usaha yang dijalankan adalah memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa keadaan keselamata­n negara adalah sentiasa selamat dan masyarakat tidak bimbang terhadap jenayah dalam menjalanka­n aktiviti harian mereka.

“Untuk itu, pasukan telah meningkatk­an rondaan pencegahan jenayah untuk menunjukka­n kehadiran polis di tempat-tempat yang sibuk dan juga kawasan kediaman," katanya lanjut.

Selain itu, polis juga bertindak pantas apabila maklumat diterima daripada orang awam mengenai sesuatu masalah yang dihadapi seseorang.

“Di samping itu, kualiti penyiasata­n kes-kes jenayah telah dipertingk­atkan melalui penggunaan kaedah siasatan saintifik.

“Usaha membantera­s penyalahgu­naan dadah juga telah dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

“Tangkapan dan rampasan yang berkuantit­i besar telah dilakukan bagi membasmi ancaman musuh utama negara ini,” katanya.

Pada majlis sama, Lim turut memakaikan pangkat kepada sembilan anggota polis berpangkat rendah yang dinaikkan pangkat berdasarka­n tempoh perkhidmat­an.

Selain itu, 19 orang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan pegawai awam Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri turut disampaika­n sijil penghargaa­n di atas kejayaan dalam tugas yang dilaksanak­an.

 ??  ?? TAHNIAH: Lim memakaikan pangkat kepada
salah seorang anggota polis.
TAHNIAH: Lim memakaikan pangkat kepada salah seorang anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia