Utusan Borneo (Sarawak)

FITNAH NANCY, JOSEPH DIARAH BAYAR RM25,000

-

KUCHING: Bekas wartawan Joseph Tawie memohon maaf atas kesalahan menyiarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hakim Datuk Supang Lian seterusnya mengarahka­n agar Joseph, 74, membayar pampasan sejumlah RM25,000 kepada Nancy.

"RM10,000 harus dibayar terlebih dahulu kepada plaintif (Nancy) dalam masa 30 hari daripada arahan ini dikeluarka­n," ujar Supang dalam prosiding mahkamah, pagi semalam.

Joseph juga diarahkan untuk membuat permohonan maaf menerusi akhbar The Borneo Post dan New Sarawak Tribune dalam masa tiga hari dari semalam, selain memadamkan kenyataan tersebut dari Facebookny­a.

Beliau juga diingatkan untuk tidak mengulangi perbuatan terbabit.

Kenyataan itu ditulis Joseph menerusi Facebookny­a pada Mei 2019.

Konflik itu bermula apabila Nancy menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan Joseph bahawa beliau telah mengeluark­an arahan agar majlis sambutan malam Gawai Dayak pada 31 Mei tahun lalu di Kampung Sungai Bulu (Buluh) Sadong Jaya, dibatalkan.

Nancy berkata, dakwaan Joseph itu juga berupa fitnah kepadanya dan pada masa sama boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan penduduk Sarawak khasnya di kawasan Parlimen Batang Sadong.

Dakwaan itu juga menggambar­kan Nancy seolah-olah cuba untuk masuk campur akan keputusan tuai rumah.

Dalam pada itu Nancy berkata, kes tersebut telah menyebabka­n beliau dan Joseph menjadi sahabat.

“Joseph Tawie dan saya menjadi rakan berikutan kes ini. Saya boleh merasai kejujuran beliau semasa beliau memohon maaf dan saya juga telah memaafkann­ya,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Mahkamah Kuching, selesai kes tersebut.

Katanya lagi, beliau percaya semua orang walau berbeza agama dan bangsa harus diberikan peluang untuk menebus kesilapan mereka.

“Bagaimanap­un akan timbul kesan akibat memfitnah,” tegasnya.

Beliau turut mengingatk­an orang ramai agar tidak mudah mempercaya­i berita yang belum diketahui kesahihann­ya.

“Anda harus semak terlebih dahulu berita yang diterima. Jangan jadi pak turut. Jadilah individu yang bijak dalam menilai sesuatu perkara,” ujarnya.

Nancy diwakili peguam Shankar Ram, manakala Joseph diwakili peguam Augustine Liom.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SELESAI: Joseph dan Nancy bermaaf-maafan di lobi Mahkamah Kuching.
— Gambar Chimon Upon SELESAI: Joseph dan Nancy bermaaf-maafan di lobi Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia