Utusan Borneo (Sarawak)

BAZARNITA DALAT BUKAN SEKADAR UNTUK JALANKAN PERNIAGAAN

Terdapat simbol penting terbina bersama bangunan itu: Fatimah

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Bazarnita Dalat tidak hanya dibina sekadar sebagai bangunan untuk menjalanka­n perniagaan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, terdapat simbol-simbol yang turut terbina bersama bangunan itu nanti.

“Bazarnita ini nanti bukan sekadar bangunan menjalanka­n perniagaan, terdapat banyak elemenelem­en lain yang akan turut bersama di dalamnya,” katanya ketika majlis serah tapak bina baharu Bazarnita Dalat di sini, pagi semalam.

Antaranya ia sebagai simbol kegigihan wanita berniaga, di mana majoriti peniaga adalah wanita.

Selain itu, ia juga turut menceritak­an kegigihan wanita berkeluarg­a yang sering ditinggalk­an suami untuk bekerja dengan syarikat pembalakan suatu masa dahulu dan mereka menampung kehidupan dengan berniaga.

Terdapat 183 terendak yang bakal diletakkan di dalam bangunan bazarnita itu nanti di mana salah satunya adalah yang terbesar.

Terendak bukan sahaja lambang kebudayaan kaum Melanau malah ia juga lambang tempat berteduh daripada panas serta hujan, sesuai seperti bangunan itu nanti.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

“Terendak bukan sahaja lambang kebudayaan kaum Melanau malah ia juga

lambang tempat berteduh daripada panas serta hujan, sesuai seperti bangunan itu nanti,” ujarnya lagi.

Bazarnita Dalat itu dianggar bernilai RM750,000 dan dibina dalam tempoh enam bulan.

Selain itu, Fatimah turut berterima kasih kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) kerana bersetuju membiayai kos penyelengg­araan kabel bawah tanah di tapak projek serta pembuatan terendak itu nanti.

Turut hadir Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh.

 ??  ??
 ??  ?? KEBANGGAAN: Fatimah (kanan) ketika diberikan penerangan oleh pihak kontraktor pada tapak binaan semalam.
KEBANGGAAN: Fatimah (kanan) ketika diberikan penerangan oleh pihak kontraktor pada tapak binaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia