Utusan Borneo (Sarawak)

SUKAN BENTUK GENERASI TERAMPIL, TANGKAS

Ia satu wadah kepada kejayaan terhadap pendidikan jasmani dan kesihatan dalam bilik darjah, kata Larry

- Oleh Kepu Sidi

Sehubungan itu, galakan dan sokongan kepada golongan muda ini mesti berterusan kerana bidang sukan juga boleh menjamin masa depan jika ia dilakukan dengan cara yang betul dan bersungguh­sungguh.

Larry Sng Wei Shien

Ahli Parlimen Julau

SARIKEI: Sukan merupakan satu bidang penting dalam membentuk generasi muda yang berketeram­pilan dan berdaya saing.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien berkata, ia merupakan satu wadah kepada kejayaan terhadap pendidikan jasmani dan kesihatan dalam bilik darjah.

“Sukan juga boleh dijadikan hobi dan dilakukan sebagai satu rutin harian untuk senaman bagi tujuan mendapatka­n anggota badan yang sihat dan otak yang cerdas sekali gus berfungsi dengan baik.

“Sukan olahraga merupakan sukan teras yang utama berbanding jenis permainan lain dalam bidang sukan.

“Mereka yang berpotensi boleh diketengah­kan dan dicungkil bakat dalam kejohanan sebegini dan terus maju dalam bidang olahraga yang diceburi seperti larian, lompatan, acara lontaran dan seumpamany­a,” katanya.

Larry berkata demikian pada Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Sarikei untuk kali ke-46 Tahun 2020 di Komples Sukan Sarikei, kelmarin.

Kejohanan olahraga MSSB Sarikei pada kali ini telah disertai 13 sekolah menengah dari Bahagian Sarikei dan tiga daerah iaitu Majlis Sukan

Sekolah Daerah Sarikei, Meradong dan Julau.

Tujuan utama kejohan ini dianjurkan adalah untuk memilih wakil MSSB Sarikei ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sarawak yang dijadual berlangsun­g pada 2 hingga 5 Mac di sini.

Menurut Larry, melalui aktiviti bersukan, masyarakat yang cergas serta aktif dapat dilahirkan, selain memupuk serta menyemarak­kan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di peringkat akar umbi.

“Budaya sukan perlu sentiasa tersemat dalam jiwa para pelajar sekolah seterusnya membantu mencapai hasrat negara dalam melahirkan barisan atlet bertaraf profesiona­l, berkaliber dan disegani.

“Sehubungan itu, galakan dan sokongan kepada golongan muda ini mesti berterusan kerana bidang sukan juga boleh menjamin masa depan jika ia dilakukan dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh.

“Kejohanan seperti ini adalah platform terbaik bagi mencungkil potensi serta bakat pelajar pada usia yang masih muda seterusnya diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan,” ujarnya lagi.

Pada majlis sama, Larry turut menyampaik­an sumbangan RM20,000 kepada MSSB Sarikei dan RM10,000 untuk MSSD Julau.

Turut hadir ialah Ketua

Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Sarikei Lau Ngie Tung, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Meradong merangkap Timbalan Yang Dipertua 1 MSSB Sarikei Ismail Abang Mahamud, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Julau Merangkap Timbalan Yang Dipertua 2 MSSB Sarikei Dali Rain, Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Kejohanan Olahraga MSSB kali ke-46 Tahun 2020 merangkap Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Bahagian Sarikei Vincent Leong Shou Chuan dan ibu bapa pelajar.

 ??  ??
 ??  ?? DIRASMIKAN: Larry menyempurn­akan upacara perasmian Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sarikei Ke-46 di Kompleks Sukan Sarikei, kelmarin.
DIRASMIKAN: Larry menyempurn­akan upacara perasmian Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sarikei Ke-46 di Kompleks Sukan Sarikei, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia