Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada jalan pintas untuk berjaya

Wong mengukir nama dalam industri teknologi elektronik global

- Oleh Patricia Gari

KOTA SAMARAHAN: Berpegang kepada prinsip 5C (Change, Competitiv­eness, Comunicati­on, Character dan Choice) Datuk Seri Wong Siew Hai berjaya mengukir nama dalam industri teknologi elektronik global.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu memulakan kerjayanya sebagai seorang jurutera muda dengan Intel di Pulau Pinang sebaik menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam Pengurusan Sains di di Imperial College, University of London pada 1975.

Namun berkat kesungguha­n dan azam yang tinggi serta tidak pernah kenal enti kegagalan Wong diberi kepercayaa­n menggalas pelbagai tanggungja­wab dalam pelbagai kapasiti dalam industri elektronik selama kira-kira 30 tahun.

Bersara sebagai Naib Presiden Technology and Manufactur­ing Group (TMG) dan Pengurus Besar of Assembly and Test Manufactur­ing (ATM), beliau bertanggun­gjawab untuk semua kilang ujian pemasangan Intel di seluruh dunia.

Beliau juga memegang peranan sebagai Naib Presiden dan Pengarah Urusan Pusat Pelanggan Asia Pasifik Dell.

Kini, Wong merupakan Pengerusi Industri Elektronik Amerika di Malaysia (MAEI) dan Pengerusi Dewan Perdaganga­n Amerika di Malaysia (AMCHAN), selain menjadi ahli lembaga di beberapa institusi pendidikan negara termasuk KDU University College dan Multimedia University (MMU).

“Ketika itu, industri elektronik dilihat tidak memberi jaminan masa depan untuk jangka panjang. Ramai berpendapa­t syarikat multinasio­nal datang dan membuka cawangan mereka untuk mengeksplo­itasi buruh selepas dua tiga tahun, syarikat berkenaan akan menutup perniagaan.

“Namun itu tidak mematahkan semangat saya. Saya memulakan kerja dengan persekitar­an industri sebenar, mengendali­kan cip silikon yang sangat kecil dan suatu yang baharu tetapi semua itu saya hadapi berbekalka­n prinsip 5C dan percaya untuk berjaya tidak mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Learn from the CEO: Personal Journey to Corporate World’ anjuran Fakulti Sains Kognitif dan Pembanguna­n Manusia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

“Saya terpaksa belajar setiap hari, belajar daripada kesukaran kerana bekerja dalam syarikat yang sentiasa berkembang seperti syarikat teknologi elektrik perlukan anda belajar setiap masa.

“Sebab itulah saya katakan prinsip 5C ini sangat penting

untuk berjaya dunia korporat kerana kelayakan kita tidak dinilai menerusi dokumen tetapi kemahiran,” ujarnya.

Justeru ujarnya, untuk berjaya seorang itu harus mengenal pasti perubahan kerana ia berlaku sepanjang masa dan ia perlu diadaptasi jika mahu berjaya.

“Kita perlu bertindak positif kepada perubahan bukan mengelak atau menentang kerana perubahan berlaku dengan pantas khususnya dalam bidang teknologi,” jelasnya.

Seseorang yang mahu cemerlang dalam kerjayanya juga mesti ada nilai daya saing tinggi kerana dunia sebenarnya segalanya adalah persaingan, katanya.

Dalam apa jua bidang wujud persaingan dan mereka yang mampu berdaya saing sahaja boleh berjaya, tambahnya.

“Kita perlu bersedia untuk menghadapi persaingan bukan mengalah kerana sikap itu tidak seharusnya wujud dalam dunia korporat,” ujarnya.

“Prinsip ketiga, komunikasi, ini sangat penting, dalam sektor korporat global seperti Intel dan Dell yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, saya perlu berkomunik­asi dengan pihak atasan dari Malaysia

mengenai operasi dan pencapaian syarikat di luar Amerika Syarikat.

“Sayajugape­rlumeyakin­kan pihak atasan di ibu pejabat, mengenai apa sahaja berkaitan pengeluara­n dan pengurusan. Sebab itu komunikasi yang meyakinkan amat penting,” katanya.

Beliau menambah untuk berjaya seseorang itu perlu mempunyai keperibadi­an yang baik, berintegri­ti dan berakhlak mulia untuk mendapat kepercayaa­n daripada semua pihak khususnya dalam syarikat multinasio­nal.

“Untuk berjaya kita juga perlu bijak membuat pilihan. Kita memilih untuk melakukann­ya atau tidak dan paling penting pilihan kita itu dilaksanak­an sehingga berjaya.

“Ingat semua kita ada pilihan, untuk menerima tawaran pekerjaan atau tugas diberikan kepada kita atau sebaliknya. Begitu juga sama ada kita mahu menerima cabaran atau tidak,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Naib CanselorUN­IMAS(Akademik & Antarabang­sa) Profesor Dr Ahmad Hata Rashid dan Dekan Fakutli Sains Kognitif dan Pembanguna­n Manusia UNIMAS Profesor Madya Dr Surena Sabil.

Saya terpaksa belajar setiap hari, belajar daripada kesukaran kerana bekerja dalam syarikat yang sentiasa berkembang seperti syarikat teknologi elektrik perlukan anda belajar setiap masa.

Datuk Seri Wong Siew Hai

Pengerusi Industri Elektronik Amerika di Malaysia

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia