Utusan Borneo (Sarawak)

Projek dan bantuan rakyat melebihi janji manifesto

-

KUCHING: Kesungguha­n Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkhidmat untuk rakyat dibuktikan dengan pelaksanaa­n dan perancanga­n projek rakyat dan sumbangan kebajikan yang melimpahru­ah.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol yang berkata demikian, menambah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak sekadar omongan kosong.

“Kita tidak mahu memberi janji yang pelik-pelik sematamata hendak meraih sokongan politik. Hasil kerja akan menjadi bukti kesungguha­n wakil-wakil rakyat GPS bekerja,” katanya berucap pada Majlis Terbuka Tahun Baharu Cina di Sungai Sian, Bintangor semalam.

Menurutnya, rakyat perlu mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Umum 2018, yang menyaksika­n banyak janji indah diberikan oleh

Pakatan Harapan (PH).

Namun setelah menang, PH gagal mengotakan janji, katanya. Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata lagi, rakyat Sarawak berbilang kaum perlu terus bersatu padu dalam mempertaha­nkan hak dan kepentinga­n negeri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab menyeru rakyat agar menyokong GPS demi pembanguna­n Sarawak yang berterusan.

Tegasnya, usah terpengaru­h dengan PH yang ternyata telah memungkiri janji.

“Kepimpinan GPS diketuai Abang Johari berjaya menunaikan janji manifesto pilihan raya lepas.

“Malah banyak projek pembanguna­n dan bantuan rakyat yang tidak dijanjikan ada dilaksanak­an,” katanya.

Dalam pada itu, ADUN Meradong Ding Kuong Hiing

menyeru masyarakat Cina di Sungai Sian agar terus menyokong GPS yang diwakili Abdullah di N.42 Semop.

“Abdullah telah berkhidmat dengan baik dan memberi perhatian yang adil terhadap masyarakat berbilang kaum di N.42 Semop,” ujarnya.

Menurut Kapitan Pat Kam Peng, masyarakat Cina di Sungai Sian telah membuktika­n sokongan mereka kepada Abdullah menerusi dua pilihan raya negeri yang lepas.

“Majoriti besar masyarakat Cina Sungai Sian mengundi Abdullah,” ujarnya.

Pada majlis itu, Abdullah menyampaik­an sumbangan RM20,500 kepada lima organisasi.

Untuk PIBG SJK (C) Ming Shing Sg Sian RM7,000; JKKK Sg Sian (RM5,000); Kelab Badminton BEAT Team Bintangor (RM4,000); Kelab Rekreasi IPD Meradong (RM2,500); dan Kelab Gusti Lengan Bintangor (RM2,000).

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abdullah, Yusuf dan Ding bersama tetamu lain pada Majlis Terbuka Tahun Baharu Cina di Sungai Sian, Bintangor.
UNTUK ALBUM: Abdullah, Yusuf dan Ding bersama tetamu lain pada Majlis Terbuka Tahun Baharu Cina di Sungai Sian, Bintangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia