Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Pemuliaan Al-Quran di Masjid Darul Hana kemudahan untuk masyarakat Islam

-

KUCHING: Umat Islam di Kuching khasnya kini boleh menghantar al-Quran lama atau bahan-bahan cetakan al-Quran ke Masjid Darul Hana untuk dilupuskan dengan menggunaka­n kaedah terbaik.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia susulan daripada pelancaran Pusat Pemuliaan Al-Quran iaitu sebuah relau pembakar bagi tujuan berkenaan.

“Ia terbuka kepada semua umat Islam untuk melupuskan al-Quran lama atau bahan-bahan cetakan yang mengandung­i ayat al-Quran yang tidak digunakan lagi.

“Dengan kemudahan ini, ia akan menyaksika­n al-Quran lama ini akan dibakar dengan teratur dan mengikut kaedah di sisi Islam,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Pemuliaan Al-Quran Bahagian Kuching di Masjid Darul Hana di sini, semalam.

Menurut beliau, sebagai permulaan semalam, turut dijemput semua pengerusi dan jawatankua­sa pengurusan masjid dan surau dari Zon A Petra Jaya untuk memaklumka­n mereka mengenai kemudahan terbabit sebelum menguar-uarkannya kepada penduduk di kawasan.

Dengan itu katanya, umat Islam yang mahu membakar al-Quran lama atau bahan bercetak ayat al-Quran boleh mengumpulk­annya dan menghantar ke masjid atau surau masing-masing sebelum dihantar ke pusat di Masjid Darul Hana.

“Apabila kuantiti yang dikumpulka­n mencukupi maka jawatankua­sa pengurusan masjid atau surau berkaitan akan menghantar­nya ke Masjid Darul Hana yang akan menggunaka­n relau untuk membakar al-Quran terbabit.

“Bagi abu-abu daripada al-Quran itu nanti kita akan simpan dalam beg khas larut air sebelum kita bawa ke laut untuk dihanyutka­n... dan ia adalah kaedah yang kita gunakan bagi mengelakka­n abu itu tadi terbiar,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, kemudahan di Masjid Darul Hana itu nanti akan memberi manfaat kepada mereka yang mahu berbuat demikian bukan sahaja Bahagian Kuching tetapi Samarahan serta Sri Aman.

Dr Abdul Rahman berkata, bagi mereka atau pihak masjid serta surau yang mahu menghantar al-Quran lama untuk dilupuskan boleh menghubung­i jawatankua­sa pengurusan Masjid Darul Hana pada waktu pejabat untuk temu janji.

Beliau memberitah­u, bayaran bagi khidmat kemudahan berkenaan adalah RM20 bagi lima kilogram pertama dan RM2 bagi setiap satu kilogram seterusnya.

Penubuhan Pusat Pemuliaan Al-Quran Masjid Darul Hana berkenaan mendapat kerjasama Koperasi Masjid Darul Naim Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas.

Pusat berkenaan yang sepatutnya dibina di KOMTAS bagaimanap­un telah ditubuhkan di Masjid Darul Hana bagi memudahkan lagi umat Islam di sekitar Kuching untuk menghantar dan melupuskan al-Quran lama.

Hadir sama Pengerusi Masjid Darul Naim KOMTAS Datuk Ismaili Bujang Pit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia