Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan Puncak Borneo dilengkapi lampu menjelang 2021: Willie

-

KUCHING: Semua laluan di sepanjang Jalan Puncak Borneo yang belum dipasang lampu akan dilengkapi fasiliti itu menjelang 2021.

Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin berkata, RM3 juta telah diperuntuk­kan oleh Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia bagi melaksanak­an projek lampu jalan bermula dari Jalan Kota Padawan hingga Kampung Annah Rais.

Katanya, beliau sendiri telah mengemukak­an permohonan bertulis kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan dana itu diumumkan pada tahun lalu.

Projek berkenaan katanya, akan dilaksanak­an secara berperingk­at dengan RM200,000 telah disalurkan kepada Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) untuk memulakan fasa pertama pada 2019.

“Saya berterima kasih kepada MPP kerana dengan jayanya memulakan fasa pertama. Kita akan melihat banyak lagi laluan yang gelap sebelum ini diterangi lampu jalan bermula dari Batu 14 (Jalan Puncak Borneo).

“Saya menjangkak­an semua kawasan yang gelap dan selekoh di sepanjang Jalan Puncak Borneo akan diterangi lampu tahun depan dan sudah tentu lebih cepat lebih bagus,” katanya.

Beliau menambah, MPP merupakan pelaksana projek pemasangan lampu jalan berkenaan.

Willie memberitah­u selain lampu jalan, beliau juga memohon dana daripada Kementeria­n Luar Bandar Malaysia bagi memasang lampu jalan kampung-kampung di Puncak Borneo.

Menurutnya tahun lepas sahaja, 1,602 unit lampu jalan telah dipasang di pelbagai kampung dalam konstituen­sinya.

Projek berkenaan yang dibiayai kerajaan persekutua­n itu dilaksanak­an oleh Sarawak Energy Berhad (SEB).

KUCHING: Warga B40 dan golongan kelainan upaya (OKU) yang layak dan berdaftar di negeri ini digalakkan untuk menuntut dekoder percuma myFreeview di pusat-pusat pengagihan terdekat secara berperingk­at bermula 15 Februari ini.

Sebanyak enam pusat pengagihan di Sarawak telah dikenal pasti untuk mengagihka­n dekoder percuma kepada warga B40 dan golongan OKU dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Pusat pengagihan dekoder percuma di Kuching dibuka di Aeroville Mall pada 15 dan 16 Februari ini dan Emart Batu Kawah pada 17 dan 18 Februari.

Empat lagi lokasi iaitu Emart Tudan di Miri akan dibuka pada 26 Februari diikuti Dewan Suarah Miri pada 27 dan 28 Februari ini, Times Square Mall, Bintulu pada 1 dan 2 Mac, serta SMK Nangka Sibu pada 7 hingga 8 Mac ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatk­an untuk membawa bersama kad pengenalan bagi tujuan pengesahan.

Selain itu, sekiranya anda ingin menyemak kelayakan untuk mendapatka­n dekoder percuma, sila ikuti langkahlan­gkah yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlayar­iwww.myFreeview. tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1-800-18-1088 atau 1-30080-6988 dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum.

Permohonan set dekoder percuma untuk warga B40 yang layak juga boleh dibuat melalui e-mel ke digital@ mcmc.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia