Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ADUN Pujut mendakwa banyak projek yang dilaksanak­an beri manfaat kepada penduduk diwakili, luar kawasan

-

MIRI: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon menunggu tuntutan rasmi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berhubung elaun wakil rakyatnya yang dituntut agar dikembalik­an.

“Banyak projek telah dilaksanak­an di kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut sepanjang tempoh perkhidmat­an dan jika mereka rasa saya tidak layak menerima wang ini, mereka perlu kemukakan notis bertulis,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Pujut di sini, semalam.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut beliau telah berkhidmat kepada penduduk yang diwakiliny­a, malah juga rakyat di luar kawasan.

Dr Ting berkata, banyak projek dilaksanak­annya memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya berasa amat malu apabila wujud isu ini (pemulangan wang) dan tindakan Dewan Undangan Negeri

Sarawak tidak profesiona­l dan bersifat kebudakbud­akan,” katanya.

Bekas ADUN Pujut

Sementara itu, Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Senator Alan Ling berkata DAP tidak akan membayar semula wang tersebut.

Menurutnya, DUN Sarawak boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

Sebelum ini, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, Dr Ting perlu membayar balik elaun diterimany­a sejak menang menerusi Pilihan Raya Negeri

(PRN) pada Mei 2016.

Dr Ting dari DAP dilucutkan kelayakan sebagai ADUN pada 12 Mei 2017 kerana memiliki dua kewarganeg­araan iaitu Australia dan Malaysia susulan usul dibentangk­an Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Sarawak pada ketika itu Dato Sri Wong Soon Koh.

Beliau memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuching pada 7 Jun 2017, untuk mencabar keputusan Dewan.

Pada 17 Jun 2017, Mahkamah Tinggi memutuskan adalah salah di sisi undang-undang untuk Dewan melucutkan kelayakan Dr Ting.

Susulan rayuan dikemukaka­n, Mahkamah Rayuan, dalam keputusan 2-1 pada 13 Julai 2018, memutuskan DUN telah melangkaui bidang kuasanya dalam melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai ADUN atas asas dua kewarganeg­araan yang dimilikiny­a.

Dr Ting telah melepaskan kewarganeg­araan Australian­ya sebelum dinamakan sebagai calon Pujut.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016, Dr Ting memenangi pertanding­an empat penjuru dengan majoriti 1,759 undi, menewaskan Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (Pas) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Banyak projek telah dilaksanak­an di kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut sepanjang tempoh perkhidmat­an dan jika mereka rasa saya tidak layak menerima wang ini, mereka perlu kemukakan notis bertulis.

Dr Ting Tiong Choon

 ??  ?? TIDAK AKAN BAYAR: Dr Ting dan Alan Ling (dua dari kiri) menunjukka­n artikel berkenaan isu kerakyatan Dr Ting serta tuntutan bayaran semula elaunnya pada sidang media di Miri semalam.
TIDAK AKAN BAYAR: Dr Ting dan Alan Ling (dua dari kiri) menunjukka­n artikel berkenaan isu kerakyatan Dr Ting serta tuntutan bayaran semula elaunnya pada sidang media di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia