Utusan Borneo (Sarawak)

SIDS pula santuni mangsa kebakaran Rh Dingun Megong

-

SIBU:Nasibpendu­dukRumah Dingun Megong yang ditimpa bencana kebakaran di Skim Penempatan Semula Sekuau dekat sini pada Isnin lalu telah mendapat perhatian Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS).

Selasa lalu, Pengerusi SIDS Sekuau Rabiah Balang telah mewakili presidenny­a Dato Ir Alice Jawan Empaling untuk menyerahka­n bantuan kepada penduduk berkenaan.

Sumbangan berbentuk wang tunai itu diserahkan oleh Rabiah kepada Tuai Rumah Dingun.

Alice ketika dihubungi semalam turut berharap penduduk di rumah panjang tersebut agar terus tabah dan kuat menempuhi dugaan itu.

Beliau turut melahirkan rasa bimbangnya terhadap kes kebakaran rumah panjang di negeri ini yang membabitka­n kehilangan banyak harta benda.

“Diharap kita yang tinggal di rumah-rumah panjang agar sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n khususnya di dapur, penggunaan elektrik, pendawaian elektrik dan sebagainya.

“Kalau boleh semua kita mesti berjaga-jaga tidak kira yang muda, dewasa dan warga emas. Semua diingatkan mesti berhati-hati.

“Kesedaran yang tinggi di kalangan kita mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangk­an bencana seperti itu berulang lagi pada masa akan datang,” tambahnya.

Menyentuh mengenai sumbangan yang disampaika­n oleh Rabiah itu, Alice memberitah­u, ia adalah sumbangan dari ibupejabat SIDS di Kuching.

Pada awal pagi Isnin lalu, Rh Dingun Megong yang mempunyai 22 pintu musnah dalam kebakaran.

Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan bantuan lima anggota dari BBP Sibu dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 pagi.

Bagaimanap­un, ketika tiba di lokasi kejadian, rumah panjang satu tingkat itu sudah terbakar sepenuhnya.

Namun tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden malang itu.

 ??  ?? IKHLAS: Rabiah (sembilan kiri) menyampaik­an sumbangan pihak ibu pejabat SIDS di Kuching kepada Dingun sambil disaksikan yang lain di Dewan Serbaguna Sekuau, Selasa lalu.
IKHLAS: Rabiah (sembilan kiri) menyampaik­an sumbangan pihak ibu pejabat SIDS di Kuching kepada Dingun sambil disaksikan yang lain di Dewan Serbaguna Sekuau, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia