Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang suspek cedera ringan ketika cuba lari terjun bangunan namun berjaya ditangkap: Zulkipli

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Polis Bintulu memberkas dua lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam penyalahgu­naan dadah dalam operasi di belakang sebuah bengkel kereta di Jalan Abang Galau di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitend­en Zulkipli Suhaili berkata, wang tunai dan dadah turut dirampas dalam operasi sepasukan polis dari Balai Polis Pusat Bintulu diketuai ASP Mohd Sani Junid.

Katanya, semasa pemeriksaa­n dalam bangunan di kawasan berkenaan, pihak polis menjumpai bekas plastik mengandung­i 211 keratan tiub straw dan lima peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki Methamphet­amine (syabu) dengan berat kasar 21.19 gram dan wang tunai RM1,000.

“Nilai pasaran dadah yang dijumpai dan dirampas itu adalah RM3,150, manakala

Nilai pasaran dadah yang dijumpai dan dirampas itu adalah RM3,150, manakala dua suspek yang ditangkap berumur 29 dan 32 tahun itu tiada pekerjaan serta tiada rekod kesalahan lampau.

Superitend­en Zulkipli Suhaili

Ketua Polis Daerah Bintulu

dua suspek yang ditangkap berumur 29 dan 32 tahun itu tiada pekerjaan serta tiada rekod kesalahan lampau,” ujarnya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di sini, semalam.

Zulkipli berkata, dadah yang dirampas itu dijual di pasaran dengan harga RM50 hingga RM150 dalam pelbagai saiz.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati dua suspek itu juga tiada dokumen perjalanan untuk berada di negara ini sekali gus disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, di bawah Seksyen 39A(1)Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya sabit kesalahan suspek boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga dan tidak lebih lima sebatan.

“Dua suspek terbabit kini ditahan reman 14 hari untuk siasatan lanjut,” ujarnya sambil menambah semasa operasi itu seorang suspek cuba meloloskan diri dengan terjun dari tingkat satu bangunan yang diserbu namun berjaya ditangkap pihak polis.

Gara-gara bertindak sedemikian katanya, suspek terbabit cedera ringan dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaa­n lanjut, namun telah dibenarkan keluar dari hospital kelmarin.

Zulkipli berkata, dari Januari hingga Februari tahun ini sebanyak empat kes dengan tujuh tangkapan membabitka­n Seksyen 39A(1)Akta Dadah Berbahaya 1952 telah direkodkan, manakala 86 kes untuk Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hadir sama Ketua JSJ Narkotik IPD Bintulu ASP Muning Jakung, ASP Mohd Sani serta pegawai polis Bintulu.

 ??  ?? BARANG KES: Zulkipli (dua kiri) bersama ASP Muning (kiri) serta pegawai kanan polis Bintulu menunjukka­n rampasan dadah dan wang tunai.
BARANG KES: Zulkipli (dua kiri) bersama ASP Muning (kiri) serta pegawai kanan polis Bintulu menunjukka­n rampasan dadah dan wang tunai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia