Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipenjara sembilan bulan kerana cederakan orang dengan kayu besbol

-

SIBU: Seorang pemuda dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan dan denda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas tuduhan mendatangk­an kecederaan kepada orang lain menggunaka­n kayu besbol.

Lau Tien Ming, 20, diperintah oleh Majistret Muhammad Faizal Che Saad menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan, 9 Februari 2020.

Mengikut pertuduhan, Lau didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada seorang pemuda berusia 20 tahun di sebuah kedai kopi Jalan Sungai Bidut pada 8 Februari 2020, kira-kira jam 11.30 malam.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau atau manamana dua hukuman jika sabit dengan kesalahan.

Sementara itu, Lau turut dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah sama atas tuduhan menghalang anggota polis menjalanka­n tugas.

Dia didakwa menghalang Inspektor Hairul Hussin memeriksa dan menahannya pada 9 Februari 2020, kirakira jam 6.20 petang di sebuah rumah di Jalan Kwong Ming, Sungai Bidut.

Untuk pertuduhan ini, Lau didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n fakta kes, pada 8 Februari 2020, kira-kira jam 11.30 malam di sebuah kedai kopi di Jalan Sungai Bidut, pengadu telah diserang oleh seorang pemuda dikenali sebagai Ah Ming iaitu tertuduh menggunaka­n kayu besbol.

Akibat serangan itu, pengadu cedera di bahagian belakang badan dan kepala. Berikutan laporan polis yang dibuat, sepasukan anggota polis yang diketuai Inspektor Hairul telah pergi ke sebuah rumah di Jalan Kwong Ming bagi membuat tangkapan.

Ketika hendak ditahan, tertuduh telah bertindak agresif dan menghalang daripada ditahan. Setelah ditahan, tertuduh membawa pihak polis ke sebuah kereta yang diparkir di hadapan rumah dan membawa kepada penemuan sebatang kayu besbol.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh telah memandu kereta terbabit ke tempat kejadian untuk mencari pengadu setelah pengadu mencabarny­a untuk bergaduh pada 1 Februari lalu.

Apabila sampai di tempat kejadian, tertuduh terus bertindak memukul pengadu menggunaka­n kayu besbol di bahagian belakang dan kepala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia