Utusan Borneo (Sarawak)

SugarBun kongsi keceriaan perayaan dengan warga Rumah Seri Kenangan, Salvation Army

-

MIRI: Pustaka Miri dengan kerjasama Borneo Medical Centre (BMC) Miri akan menganjurk­an ceramah tentang pembedahan plastik pada 24 Februari ini.

Ceramah dua jam bermula 2.30 petang itu akan diadakan di auditorium Pustaka bertujuan berkongsi pengetahua­n dengan umum tentang isu-isu berkaitan pembedahan plastik.

Ia akan dikendalik­an pakar bedah plastik, pakar bedah rekonstruk­tif dan kosmetik (estetik) Dr. William Tiong.

Peserta akan didedahkan tentang peranan pakar bedah plastik serta kesedaran perbezaan perubahan kulit kesan penuaan dan kanser.

Kemasukan adalah percuma dan pendaftara­n diterima di kaunter perkhidmat­an Pustaka, melalui telefon atau e-mel.

Selain menambah ilmu, kehadiran memberi peluang kepada peserta untuk mendaftar sebagai ahli Pustaka.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Mohd. Khadzrie Mohd. Ramzie Faizal dan Zuwahir Ilias di talian 085422525 atau e-mel khadzrrf@ sarawak.gov.my dan zuwahiri@sarawak.gov.my.

KUCHING: Jenama francais tempatan, SugarBun berkongsi keceriaan perayaan Tahun Baharu Cina bersama penghuni Rumah Seri Kenangan dan Salvation Army.

Bagi tujuan itu, pasukan SugarBun mengunjung­i penghuni warga emas di Rumah Seri Kenangan pada 5 Februari lalu.

Manakala pada 8 Februari, Sugarbun membuka restoran mereka kepada kanak-kanak dari Salvation Army.

SugarBun menerusi kenyataan media semalam berkata, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) tahunan syarikat bertajuk ‘Another Community Project by SugarBun.’

Pada majlis tersebut, makanan, hadiah dan angpau disampaika­n kepada kesemua 68 penghuni dan penjaga rumah warga emas tersebut.

Makanan, hadiah dan angpau turut dihulurkan kepada 80 kanak-kanak serta penjaga di Salvation Army.

Untuk maklumat lanjut mengenai SugarBun, sila ikuti laman Facebook rasmi SugarBun Restaurant atau berhubung menerusi e-mel di market-kch@sugarbun. com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia