Utusan Borneo (Sarawak)

Masing, Jaul adakan lawatan kerja ke Rh Gare Timbang

-

KAPIT: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion melakukan lawatan kerja ke Rumah (Rh) Gare Timbang, Sungai Kain, Baleh baru-baru ini.

Turut mengiringi ialah Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Setiausaha Politik Ketua Menteri Nicholas Kudi Jantai, Residen Kapit Nyurak Keti, Timbalan Residen Kapit Galong Luang, Pegawai Daerah Kapit Cerisologo­Sabut,PegawaiDae­rah Bukit Mabong Douglas Pungga, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Kapit Belayong Piok, Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian, Setiausaha Majlis Dearah Kapit (MDK) Jabang Juntan, Pengurus Dewan Suarah Kapit Kaunselor Bakat Gira dan ketua-ketua masyarakat.

Rumah panjang 30 pintu itu terletak di Sungai Kain, anak sungai Baleh, yang tiada akses jalan yang baik namun boleh dihubungi dengan kenderaan pacuan empat roda melalui kawasan pembalakan berbukit yang mengambil masa kira-kira dua jam.

Rh Gare merupakan salah satu rumah panjang yang terkenal dengan tenunan pua kumbu Iban.

Pua kumbu mendapat harga yang tinggi dan permintaan baik di kalangan pengunjung ke Kapit.

Jarak dari Kapit ke Rh Gare adalah kira-kira 52 kilometer termasuk jalan berturap 30 kilometer dari Kapit ke Jambatan Mujong, manakala 22 kilometer lagi jalan pembalakan.

Semasa lawatan itu, Masing mengumumka­n penambahba­ikan projek jalan raya yang meliputi jarak 22 kilometer dari Jambatan Mujong ke Rh Gare dan jalan akses lima kilometer yang memberi manfaat kepada dua lagi rumah panjang berdekatan iaitu Rh Ensong dan Rh Layang.

Tujuan lawatan mereka adalah sebagai persediaan awal bagi lawatan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h yang dijadualka­n mencemar duli berkunjung ke Rh Gare pada minggu kedua Jun.

 ??  ?? PRIHATIN: Pengurus Besar Kumpulan SugarBun Raymond Teo (lima kiri) bersama pasukan SugarBun dan penghuni Rumah Seri Kenangan.
PRIHATIN: Pengurus Besar Kumpulan SugarBun Raymond Teo (lima kiri) bersama pasukan SugarBun dan penghuni Rumah Seri Kenangan.
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Masing (kanan) dan Jaul disambut mesra ketika tiba di Rh Gare, Sungai Kain, Baleh.
SELAMAT DATANG: Masing (kanan) dan Jaul disambut mesra ketika tiba di Rh Gare, Sungai Kain, Baleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia