Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan positif badan-badan dunia amat penting sebagai kayu pengukur kepada pelabur untuk melabur di negara ini

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Malaysia mampu memperbaik­i kedudukan daya saingnya ke peringkat lebih tinggi menerusi kerjasama erat semua pihak.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, dalam Laporan Menjalanka­n Perniagaan Bank Dunia terbaharu pada Oktober tahun lepas, Malaysia berada di kedudukan ke-12 dari 190 negara.

“Kalau boleh kita harus perbaiki kedudukan dalam bidang ini kepada 10 terbaik dan kita percaya ia dapat dicapai menerusi inisiatifi­nisiatif yang dilakukan kerajaan bersama swasta.

“Begitu juga dengan Laporan Daya Saing Global oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), sekarang Malaysia pada kedudukan ke-27 dan kita berharap dapat memperbaik­i ia kepada kedudukan 20 teratas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Penghargaa­n bersama Industri dan Pengamal Media anjuran MPC Sarawak yang dihadiri Ahli Lembaga Pengarah MPC Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg di sini, malam kelmarin.

Abdul Latif berkata, laporan-laporan berkenaan amat penting sebagai kayu pengukur kepada pelabur untuk melihat Malaysia sebagai negara yang menyediaka­n persekitar­an kondusif bagi menjalanka­n perniagaan.

Pada masa sama katanya, usaha memperbaik­i kedudukan

Ketua Pengarah MPC

berkenaan juga memerlukan kajian dari segi semua peraturan menjalanka­n perniagaan termasuk prosedur mendapatka­n lesen serta permit.

“Ini kerana keperluan mendaftar serta mendapatka­n permit merupakan alat peraturan digunakan oleh ahli perniagaan agar mereka patuh,” jelasnya.

Abdul Latif memberitah­u, menurut Laporan Bank Dunia dalam tempoh 10 hingga 12 tahun lepas, Malaysia berada pada kedudukan 113 daripada 190 negara dalam urusan mendapatka­n permit pembinaan.

Laporan berkenaan katanya, menunjukka­n di Malaysia pada ketika itu mempunyai sebanyak 37 prosedur yang mengambil masa 260 hari untuk memperoleh­i semua kelulusan dalam mendapatka­n

Kalau boleh kita harus perbaiki kedudukan dalam bidang ini kepada 10 terbaik dan kita percaya ia dapat dicapai menerusi inisiatif-inisiatif yang dilakukan kerajaan bersama swasta.

permit pembinaan.

“Bagaimanap­un, pada tahun sama Singapura hanya mempunyai 10 prosedur dan dalam masa 30 hari mendapat kelulusan untuk perkara sama. Jadi, sebagai pelabur anda akan pilih yang mana satu?” katanya.

Hasil maklum balas daripada laporan berkenaan, beliau memberitah­u satu penyelesai­an telah dilakukan dengan memanggil semua agensi berkaitan pembinaan bangunan.

“Daripada 37 prosedur kita dah kurangkan kepada sembilan sahaja dan daripada 260 hari kelulusan, kita dapat kurang kepada 54 hari,” tegasnya sambil memberitah­u kini Malaysia berada pada kedudukan kedua dalam laporan terbabit.

Datuk Abdul Latif Abu Seman

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TANDA PENGHARGAA­N: Abdul Latif (kanan) menyaksika­n Abang Abdul Karim (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil industri pada majlis tersebut.
— Gambar Chimon Upon TANDA PENGHARGAA­N: Abdul Latif (kanan) menyaksika­n Abang Abdul Karim (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil industri pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia