Utusan Borneo (Sarawak)

Penagih dadah tegar dihukum penjara lima tahun dan disebat

-

BETONG: Kolej Vokasional (KV) Betong akan menganjurk­an program bersama bekas pelajar yang dinamakan Majlis Reunion Alumni Voctech Betong yang dirancang pada 28 Mac depan.

Pegawai Kaunseling KV Betong Kaunselor Sangin Juat berkata perancanga­n untuk menganjurk­an majlis yang bakal mengumpulk­an kembali bekas pelajar KV Betong telah dipersetuj­ui dan ditetapkan pada tarikh tersebut.

“Dewan Seri Kenanga KV Betong bakal dimeriahka­n dengan kehadiran bekas pelajar yang telah meninggalk­an bangku persekolah­an dan menamatkan pengajian di sini dalam kerangka jadual yang telah disusun.

“Pada masa yang sama, kita menjemput kesemua bekas pelajar untuk turut hadir menjaya dan memeriahka­n majlis tersebut.

“Mereka bukan sahaja diundang hadir tetapi dibawa berkumpul bersama untuk

KUCHING: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Stampin akan menganjurk­an kempen derma darah pada 15 dan 16 Februari ini.

Berlangsun­g di Pusat BeliBelah Vivacity di sini, kempen memperinga­ti nostalgia ketika bersama rakan-rakan menempuh susah senang dan kini masing-masing dengan kerjaya sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Sangin yang juga timbalan pengarah program memberitah­u, kali terakhir penganjura­n majlis seumpamany­a ialah pada 2015 dan menaruh harapan untuk penganjura­n kali ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada alumni terutama bekas pelajar KV Betong. akan berlangsun­g dari jam 10.30 pagi hingga 3 petang.

BSMM Cabang Stampin menerusi kenyataan media berkata, kempen itu bertujuan menampung bekalan darah di Tabung Darah.

“Antara lain tujuan penganjura­n majlis ialah untuk mengumpul bekas pelajar dan menjalin semula hubungan setelah lama terpisah.

“Selain itu, ia untuk mengeratka­n lagi silaturahi­m dan jalinan persahabat­an antara sesama mereka dan hubungan dengan bekas-bekas guru.

“Pada masa yang sama, kita berharap semua yang hadir dapat berkongsi pendapat dan buah fikiran dalam membantu alumni dan pihak sekolah.

“Platform ini juga dirangka sebagai perantara yang baik dalam hubungan alumni dan pihak sekolah,” tegasnya.

Majlis bakal diserikan dengan kehadiran artis popular Iban Richard Lee, Dorsica Robert dan pendatang baharu Wilton Entalang yang turut mengadakan persembaha­n pada majlis tersebut.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi beliau di talian 0111-5861331, Kaunselor Muhirman (0111-9861202) dan Kaunselor Zulfaqar (0145150956).

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa untuk hadir menyokong kempen tersebut dengan menderma darah.

Sebarang pertanyaan mengenai kempen itu boleh hubungi Wendy menerusi talian 019-8182244.

BINTULU: Beberapa aktiviti menarik telah disenarai untuk diadakan sempena program ‘Community Outreach’ Pakan pada 14 dan 15 Februari ini di Rumah Gansau, Sungai Arip, Selangau.

Perasmiann­ya dijangka disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Kedua, Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut kenyataan penganjur, program itu bertujuan memberi khidmat pengembang­an dan pembanguna­n pertanian khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Katanya pihak penganjur menjangkak­an seramai 800 orang hadir pada majlis itu, antaranya, ketua jabatan kerajaan dan swasta, pemimpin-pemimpin masyarakat, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) rumah panjang serta penduduk sekitar.

Beliau berkata, beberapa aktiviti yang diadakan pada 14 Februari ialah program ekonomi rumah tangga untuk golongan wanita, ceramah berkaitan teknologi tanaman halia secara fertigasi, ceramah berkaitan agronomi penanaman rumbia, nanas dan penternaka­n kelulut.

Katanya, ceramah amalan pertanian baik untuk perikanan, teori amali cantuman dan ceramah etika penggunaan racun dan serangga juga diadakan.

Pada 15 Februari pula katanya, akan diadakan taklimat berkaitan hala tuju pemodenan pertanian dan taklimat Suruhanjay­a Koperasi Malaysia.

Penyanyi Iban ternama Josephine Jalin turut akan membuat persembaha­n bagi memeriahka­n program itu.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia program Conne Sigan di talian 0198352241­3.

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun berserta dua sebatan terhadap seorang penagih tegar atas kesalahan mengambil dadah berbahaya.

Eii Ming Ong, 42, yang mempunyai mempunyai tidak kurang dua kesalahan lampau membabitka­n kesalahan sama, diperintah oleh mahkamah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditahan 17 Ogos 2019.

Mengikut pertuduhan, Eii didakwa mengambil dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine ketika ditahan di Balai Polis Pusat Sibu pada 17 Ogos, 2019 kira-kira jam 6.35 petang.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b), akta yang sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan tidak lebih tiga sebatan.

Sementara itu, Eii turut dijatuhkan hukuman penjara

BSMM Cabang Stampin anjur kempen derma darah 15-16 Feb

enam bulan oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah.

Dia didakwa mengugut seorang wanita berumur 26 tahun untuk mencederak­an anak wanita terbabit pada 3 Januari, 2020 kira-kira jam 10 malam di sebuah rumah di Jalan Chew Siik Hiong.

Untuk pertuduhan ini, Eii didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit dengan kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu dimaklumka­n rakannya yang tertuduh mengugut dan meminta pengadu menarik semula laporan polis berhubung rumahnya yang telah dipecah masuk.

Jika pengadu enggan menarik laporan terbabit, tertuduh mengugut untuk mengganggu anaknya yang berumur 11 tahun.

Pada 8 Februari, 2020 kirakira jam 10.45 pagi di tepi Jalan Awang Ramli Amit, pihak polis telah menahan tertuduh.

MIRI: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan dengan curang membantu menyembuny­ikan wang milik seorang lelaki melalui akaun banknya.

Nettelee Bulan Mering, 27, dari Taman Tunku di sini telah didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan curang telah membantu menyembuny­ikan harta milik Mohammad Azif Abdullah, 31, iaitu wang berjumlah RM1,720 menerusi akaun banknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.36 tengah hari, 28 Ogos 2019 di sebuah lot di Lorong 2 Jalan Berembang 1 Pujut 7B di sini.

Walau bagaimanap­un, tiada pengakuan salah tertuduh direkodkan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk mengambil pengakuan tertuduh memandangk­an majistret yang sepatutnya mendengar kes itu kelmarin sedang berkursus.

Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim yang mendengar kes itu kemudian menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan lanjut kes, manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM2,800 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

 ??  ?? SANGIN JUAT
SANGIN JUAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia