Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Dingong Megong akan dibina di tapak baharu: Gira

-

SIBU: Rumah Dingong Megong di Skim Penempatan Semula Sekuau dekat sini akan dibina di tapak yang baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christophe­r Gira berkata, beliau akan memohon sejumlah dana daripada kerajaan negeri selain membantu penduduk rumah panjang berkenaan meratakan tapak di kawasan yang dicadangka­n bagi membina rumah panjang yang baharu.

“Buat masa ini, kita tumpukan kepada usaha membina penempatan sementara,” katanya menerusi hantaran di halaman Facebook beliau semalam.

Pada awal pagi Isnin lalu, Rumah Dingon Megong sepanjang 22 pintu musnah dalam kebakaran.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan bantuan lima anggota dari BBP Sibu dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 pagi.

Bagaimanap­un, ketika bomba tiba di lokasi kejadian, rumah panjang satu tingkat itu sudah ranap sepenuhnya.

Namun demikian, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden malang itu.

Sementara itu, kesemua 123 mangsa masih ditempatka­n di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana di Dewan Serbaguna Sekuau.

Menerusi hantaran yang sama, Gira memberitah­u bilangan tandas awam di pusat pemindahan tersebut akan ditambah.

Selain itu, beliau juga meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya terus membantu membekalka­n barang keperluan termasuk makanan dan minuman kepada mangsa yang menumpang di pusat pemindahan sementara itu.

Gira turut mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak termasuk badanbadan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurk­an pelbagai bentuk sumbangan kepada mangsa.

Katanya, antara NGO tersebut ialah Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Sarakup Indu Dayak (SIDS) Sibu dan Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS).

 ??  ?? SERTAI KAMI: Ahli-ahli BSMM Cabang Stampin mempelawa orang ramai untuk menyertai kempen derma darah di Vivacity pada 15 dan 16 Februari ini.
SERTAI KAMI: Ahli-ahli BSMM Cabang Stampin mempelawa orang ramai untuk menyertai kempen derma darah di Vivacity pada 15 dan 16 Februari ini.
 ??  ?? TURUN PADANG: Gira (tengah) mendengar keluhan daripada mangsa tragedi malang tersebut.
TURUN PADANG: Gira (tengah) mendengar keluhan daripada mangsa tragedi malang tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia