Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Kerajaan tidak halang kapal persiaran, kapal kargo berlabuh di Malaysia

-

PELABUHAN KLANG: Kerajaan tidak merancang untuk menyekat kapal persiaran atau kapal kargo, daripada berlabuh di manamana pelabuhan di negara ini, susulan penularan virus COVID-19.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke berkata ini kerana setiap penumpang kapal persiaran akan melalui dua saringan kesihatan, yang dijalankan oleh kerajaan dan operator, kapal sebelum mereka dibenarkan turun daripada kapal.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat kerana sekiranya larangan terhadap mana-mana kapal persiaran atau kapal kargo daripada berlabuh di sini dikeluarka­n, ia akan membawa impak buruk terhadap sektor pelanconga­n, dan ekonomi negara.

“Sebelum mana-mana kapal persiaran berlabuh di Malaysia, mereka terlebih dahulu perlu menghantar senarai nama penumpang dan melakukan saringan kesihatan awal. Jika didapati ada dalam kalangan penumpang menunjukka­n gejala influenza atau COVID19, mereka akan dikuaranti­n dan tidak dibenarkan turun daripada kapal.

“Di pelabuhan pula, setiap pintu masuk dilengkapi dengan pengimbas suhu badan ‘thermal scanner’. Bagi anak kapal kargo pula, pegawai kesihatan kita akan menaiki kapal berkenaan dan melakukan saringan sebelum mereka dibenarkan mendarat.

“Setakat ini, semua penumpang kapal persiaran dan kapal kargo yang berlabuh di pelabuhan seluruh negara adalah sihat, dan rakyat negara ini tidak perlu risau atau takut,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Terminal Boustead Cruise Center di sini semalam.

Tambah Loke, rakyat di negara ini juga tidak perlu bimbang dengan penularan COVID-19, kerana manamana pelancong yang dikesan tiba dari Wuhan dan Wilayah Hubeitidak­dibenarkan­masuk ke negara ini, malah mereka terlebih dahulu perlu melepasi saringan keselamata­n di China dan di pelabuhan utama, di mana kapal persiaran berkenaan beroperasi.

“Malaysia hanyalah sebuah ‘calling port’ di mana kapal persiaran ini singgah untuk sehari atau dua hari. Kebanyakan kapal persiaran yang singgah di sini beroperasi di pelabuhan di Singapura dan seperti kita maklum, Singapura telah mengambil pelbagai langkah keselamata­n bagi elak penularan COVID19,” katanya.

COVID-19 adalah nama rasmi bagi Novel Koronaviru­s 2019 yang diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata berkata ujian yang dijalankan terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati hanya 18 disahkan positif bagi COVID-19. Tiga daripada 18 kes tersebut, telah sembuh sepenuhnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Anthony Loke (tengah) melawat tapak pameran Pemeriksaa­n Awam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abd Razak (kiri) dan Pengerusi MRL, Tan Sri Dr Ismail Bakar (kanan).
— Gambar Bernama LAWATAN: Anthony Loke (tengah) melawat tapak pameran Pemeriksaa­n Awam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abd Razak (kiri) dan Pengerusi MRL, Tan Sri Dr Ismail Bakar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia