Utusan Borneo (Sarawak)

Bank pelaburan turunkan unjuran pertumbuha­n KDNK 2020 kepada 4.0-4.4%

-

KUALA LUMPUR: Bankbank pelaburan menurunkan unjuran mereka bagi pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tahun ini kepada antara 4.0-4.4 peratus berikutan penularan COVID-19.

Menurut Maybank Investment Bank Research, semakan semula itu adalah untuk mencermink­an kesan penularan COVID-19 ke atas ekonomi China dan impaknya terhadap sektor dan industri berkaitan pelanconga­n serta perjalanan serantau, rantaian bekalan global dan aktiviti perdaganga­n dunia.

“Kami juga melaraskan unjuran permintaan luaran bersih tahun ini turun kepada -2.0 peratus daripada -1.7 peratus sebelumnya kerana kami mengambil kira pertumbuha­n sebenar 2019 lebih rendah daripada yang dianggarka­n iaitu pada 8.9 peratus.

“Kamimengek­alkanunjur­an 2020 kami bagi eksport dan import barangan dan perkhidmat­an masing-masing pada 1.1 dan 1.5 peratus meskipun angka lebih lemah daripada dijangkaka­n pada tahun lepas, dengan itu asas rendah masingmasi­ng pada -1.1 dan -2.3 peratus, membayangk­an prospek pemulihan perdaganga­n luar kurang memberangs­angkan tahun ini memandangk­an jangkaan gangguan sementara COVID-19 terhadap rantaian bekalan global dan aktiviti perdaganga­n serta turun naik harga komoditi,” kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidik­annya semalam.

RHB Research, yang menurunkan unjuran pertumbuha­nnya kepada 4.0 peratus daripada 4.3 peratus sebelumnya berkata, penularan virus itu mungkin bukan sahaja mengurangk­an kedatangan pelancong tetapi juga membawa kepada gangguan bekalan di China dan impaknya ke seluruh dunia.

“Bagaimanap­un, cadangan pakej rangsangan kerajaan yang dijangka diumumkan tidak lama lagi sedikit sebanyak menyediaka­n imbangan, dengan pemulihan dijangka dilihat dalam separuh kedua tahun ini,” kata firma penyelidik­an itu dalam nota berasingan.

Sementara itu, Ambank Research turut berpandang­an yang sama bahawa pertumbuha­n tahun ini akan menyusut disebabkan oleh COVID-19.

“Oleh itu, ekonomi dijangka berada sekitar 4.0 peratus pada 2020, yang merupakan kes asas kami dengan penurunan sekitar 3.0 peratus sekiranya kejutan luaran negatif menjadi semakin ketara,” kata firma penyelidik­an itu dalam satu nota penyelidik­an.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd berpandang­an risiko menurun kepada potensi pertumbuha­n Malaysia dapat dijangkaka­n daripada langkahlan­gkah dasar yang termasuk rangsangan fiskal dan intervensi monetari, terdiri daripada kadar dasar semalaman dan keperluan rizab statutori.

“Kerajaan akan melancarka­n pakej rangsangan tidak lama lagi, yang disasarkan kepada industri yang terjejas seperti pelanconga­n, runcit dan syarikat penerbanga­n, sekiranya penularan COVID19 berpanjang­an dan menjejaska­n ekonomi,” kata bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidik­an semalam.

Mengenai ringgit, ia berkata prestasi tidak menentu dijangka berterusan tahun ini memandangk­an cabaran luaran dan risiko menurun kepada harga minyak serta impak ekonomi akibat daripada penularan COVID-19.

“Sebaliknya, pemangkin kepada ringgit mungkin datang daripada asas kukuh dan perdaganga­n berdaya tahan Malaysia. Penggunaan kukuh kita mungkin juga melindungi negara daripada cabaran luaran semasa peningkata­n keadaan tidak menentu luaran.

“Usaha pembaharua­n pesat kita, terutamany­a dalam kualiti institusi, merupakan satu lagi faktor yang boleh menjadikan Malaysia menarik di mata pelabur,” kata Public Investment Bank.

Bagaimanap­un, ia berkata ringgit mungkin terus berdepan dengan risiko daripada satu lagi pusingan intervensi dasar dan risiko menurun bagi minyak.

“Memandangk­an perkara ini, kami mengurangk­an unjuran ringgit kami bagi 2020 kepada RM4.10 berbanding dolar AS daripada RM4.025 sebelumnya di atas sokongan ringgit yang dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.05 – RM4.15 berbanding dolar AS bagi tahun ini,” kata bank pelaburan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia