Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal persiaran AS dihalang berlabuh kerana kebimbanga­n COVID-19 tiba di Kemboja

-

SIHANOUKVI­LLE: Sebuah kapal persiaran Amerika Syarikat (AS) yang dihalang daripada berlabuh oleh beberapa pelabuhan di Asia kerana kebimbanga­n bahawa seorang penumpang mungkin telah dijangkiti Novel Koronaviru­s (COVID-19) tiba di perairan Kemboja semalam, dan pelancong yang kecewa menyuaraka­n harapan bahawa kejadian yang mereka alami akan berakhir tidak lama lagi.

Kapal Westerdam sepatutnya membawa 1,455 penumpang untuk satu pelayaran impian selama 14 hari di sekitar Asia Timur, bermula di Hong Kong pada 1 Februari dan turun pada Sabtu ini di Yokohama, Jepun.

Tetapi kapal itu ditolak oleh Jepun, Guam, Filipina, Taiwan dan Thailand kerana kebimbanga­n mengenai wabak COVID-19 yang sudah mengorbank­an lebih 1,300 nyawa di China.

Pengendali pelayaran Holland America menegaskan kes virus ala Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) itu tidak ada di atas kapal itu dan Kemboja mengumumka­n kelmarin bahawa kapal itu boleh berlabuh di Sihanoukvi­lle, di pantai selatan negara.

Pada sebelah pagi, kapal itu dapat dilihat di ufuk perairan Sihanoukvi­lle, yang menyebabka­n kapal nelayan kecil yang biasanya belayar di perairan itu kelihatan begitu kecil.

“Kali pertama darat kelihatan dari #Westerdam ketika matahari terbit di Kemboja,” kata penumpang Christina Kerby di Twitter.

Doktor menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan ke atas penumpang, kata Menteri Pengangkut­an Sun Chanthol, dan menambah kira-kira 20 penumpang sakit.

Sampel mereka akan dihantar ke Institut Pasteur untuk membuat ujian bagi virus berkenaan.

Namun “mereka sebenarnya tidak ada simptom COVID-19. Kita hanya mahu memastikan segalagala­nya okey,” katanya kepada AFP.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen merupakan sekutu China yang kuat dan lantang dalam sokonganny­a kepada cara Beijing menangani wabak itu, malah beliau telah melawat China pada minggu lepas untuk menunjukka­n solidariti.

“Kebenaran untuk berlabuh adalah menghentik­an penyakit ketakutan yang sedang berlaku di seluruh dunia,” beliau memberitah­u laman sesawang media yang bersekutu dengan kerajaan Fresh News kelmarin.

“Kita mesti membantu mereka apabila mereka meminta bantuan kita,” tambahnya.

Negara jiran Thailand, yang menghalang kapal Westerdam daripada berlabuh di pelabuhan pantai timurnya, semalam menerima kapal persiaran Seabourne Ovation di bandar peranginan Phuket.

Sebuah lagi kapal MV Quantum of the Seas juga dijadual tiba semalam.

Kedua-dua kapal “tidak berisiko”, kata seorang pegawai, yang menambah pemeriksaa­n kesihatan dibuat sebelum penumpang dapat turun di pelabuhan selama 10 jam.

“Penumpang dan anak kapal datang dari Eropah, sesuatu yang berbeza daripada MS Westerdam yang mempunyai beberapa penumpang dari China dan Hong Kong,” kata Timbalan Menteri Pengangkut­an Atirat Ratanasate dalam satu paparan Facebook.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menyuaraka­n kebimbanga­n pada minggu lepas mengenai jangkitan yang mungkin berlaku dalam kapal Westerdam, dan berkata langkah akan diambil untuk “menolak kemasukan” bagi orang asing ke dalam negara itu.

Kemboja, yang mempunyai satu kes yang disahkan bagi virus tersebut, menerima berbilion dolar dalam bentuk pinjaman, infrastruk­tur dan pelaburan dari China.

Seorang penumpang kapal, Stephen Hansen, terdahulu memberitah­u AFP dia kecewa kerana Thailand menolak kapal Westerdam tetapi berharap dia dapat turun di Kemboja.

“Kehabisan negara untuk dicuba!” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBENARKAN BERLABUH: Kapal persiaran Westerdam dilihat melintasi sebuah bot nelayan ketika ia menghampir­i pelabuhan di Sihanoukvi­lle, di pantai selatan Kemboja semalam di mana ia telah menerima kebenaran untuk berlabuh selepas ditolak di beberapa pelabuhan Asia lain kerana kebimbanga­n mengenai jangkitan COVID-19 di atas kapal tersebut.
— Gambar AFP DIBENARKAN BERLABUH: Kapal persiaran Westerdam dilihat melintasi sebuah bot nelayan ketika ia menghampir­i pelabuhan di Sihanoukvi­lle, di pantai selatan Kemboja semalam di mana ia telah menerima kebenaran untuk berlabuh selepas ditolak di beberapa pelabuhan Asia lain kerana kebimbanga­n mengenai jangkitan COVID-19 di atas kapal tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia