Utusan Borneo (Sarawak)

Dua warga Malaysia ditahan dalam Ops Dadah di Singapura

Pegawai ICA kesan bungkusan disembunyi di dalam kusyen belakang

-

SINGAPURA: Seorang pemandu warga Malaysia berusia 23 tahun ditahan selepas ganja seberat 2,898g dan ‘Ice’ 125g dirampas daripada sebuah kereta bernombor pendaftara­n Malaysia di Pusat Pemeriksaa­n Tuas pada 6 Februari lalu.

Menerusi laman sesawangny­a semalam, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaa­n Singapura (ICA) berkata pada kira-kira jam 6.50 pagi hari berkenaan, pegawainya yang menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap kereta berkenaan, mengesan bungkusan yang disembunyi­kan di dalam kusyen tempat duduk belakang.

ICA berkata ganja dan ‘Ice’ yang ditemui dalam bungkusan itu dianggar bernilai S$41,000.

“Pemandu warga Malaysia itu terus ditahan dan kes diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, CNB berkata seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 40-an ditahan selepas dadah jenis ‘Ice’ seberat 267g yang disembunyi­kan dalam dua bungkusan hitam ditemui dalam keretanya pada 11 Februari.

Selain rakyat Malaysia itu, CNB berkata pegawainya turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun disyaki penyeludup dadah.

Sebelum ditahan, suspek dikesan memasuki kenderaan yang dipandu rakyat Malaysia itu.

Pegawai CNB yang mengiringi suspek warga Singapura itu ke tempat persembuny­iannya menemukan kira-kira 440 gram heroin, 116 gram ‘Ice’, 4 gram ganja, 110 pil Erimin-5, 102 pil ‘Ecstasy’ dan sebotol metadon di dalam unit berkenaan.

“Siasatan terhadap aktiviti berkaitan dadah kedua-dua suspek sedang dijalankan,” katanya yang menambah dadah yang dirampas dalam operasi berkenaan dianggar bernilai S$73,000. — Bernama

Pemandu warga Malaysia itu terus ditahan dan kes diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk siasatan lanjut.

Kenyataan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaa­n Singapura (ICA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia