Utusan Borneo (Sarawak)

Hebahan bersemuka IOW kekang penularan berita palsu: Gobind

-

MELAKA: Program hebahan informasi secara bersemuka kepada rakyat seperti ‘Info On Wheels’ (IOW) dapat membantu dalam usaha kerajaan mengekang penularan berita palsu di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata mekanisme hebahan secara bersemuka juga memberi ruang yang luas kepada rakyat untuk bertanya kembali tentang maklumat terperinci dan mendalam tentang sesuatu isu semasa atau inisiatif yang sedang dilaksana kerajaan untuk mereka.

“Ini (hebahan bersemuka) sangat penting kerana bila kita berikan maklumat dan penjelasan, ramai yang bertanya kepada kita kembali, dalam masa sama saya dimaklumka­n ramai kata mereka dimaklumka­n (mendapat maklumat) sebegini …ini permulaan kita beri penjelasan.

“Melalui risalah (diedarkan) ini kita berikan mereka alamat (sumber) tertentu untuk mereka dapatkan maklumat yang betul seperti laman web, Twitter, Facebook dan nombor telefon perlu dihubungi kalau ada persoalan,” katanya pada sidang media selepas menyertai program IOW di Melaka Sentral di sini, semalam.

Turut hadir pada program dianjurkan Jabatan Penerangan itu ialah Exco Komunikasi, Multimedia,

Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembanguna­n Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee; dan Pengarah Penerangan Melaka Mohd Rizal Hashim.

Gobind berkata langkah itu juga adalah penting bagi memberikan rakyat wadah untuk menyemak sesuatu maklumat itu benar atau palsu dan memastikan rakyat hanya berkongsi berita yang sahih sahaja.

Beliau berkata selain menyampaik­an maklumat, hebahan bersemuka juga penting untuk mendapatka­n maklum balas rakyat tentang tahap keberkesan­an sesuatu inisiatif dilaksana kerajaan dalam menyelesai­kan masalah dihadapi rakyat.

Mengulas lanjut mengenai program IOW, katanya tiada jumlah rakyat yang disasarkan untuk ditemui melalui program itu sebaliknya beliau mahu programitu­menyampaik­an maklumat kepada seramai rakyat yang mungkin.

Gobind berkata antara 23 Januari hingga kelmarin, Jabatan Penerangan

telah melaksana 1,775 program IOW seluruh negara yang menerangka­n tentang isu semasa dan inisiatif kerajaan untuk rakyat antaranya e-Tunai Rakyat, mySalam, Peka40, penguranga­n tol dan jangkitan penyakit virus korona 2019 (COVID-19).

“Ia suatu perkhidmat­an baik untuk rakyat Malaysia dan saya selaku menteri hadir untuk program ini sekali seminggu. Maklum balas kita terima daripada rakyat amat baik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Gobind memberi sedikit maklumat terkini mengenai beberapa isu nasional antaranya mySalam, i-Suri, e-Tunai, COVID-19 dan Penguranga­n Tol kepada orang ramai pada Program Info On Wheels di Melaka Sentral, Melaka semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Gobind memberi sedikit maklumat terkini mengenai beberapa isu nasional antaranya mySalam, i-Suri, e-Tunai, COVID-19 dan Penguranga­n Tol kepada orang ramai pada Program Info On Wheels di Melaka Sentral, Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia