Utusan Borneo (Sarawak)

Ratah Dijon 6-1, PSG melangkah selesa ke separuh akhir

Gol jaringan Aouar pada minit ke-81 perlawanan bantu Lyon benam Marseille 1-0 pada peringkat suku akhir Piala Perancis

-

PARIS, Perancis: Paris Saint Germain (PSG) melangkah selesa ke peringkat separuh akhir Piala Perancis apabila membelasah Dijon 6-1 pada satu perlawanan yang menyaksika­n juara Ligue 1 Perancis itu mendapat kelebihan dari gol sendiri pelik pasukan lawan.

PSG membuka jaringan seawal 47 saat permainan selepas sepak mula apabila Wesley Lautoa tertolak satu hantaran lintang Mitchel Bakker ke pintu golnya sendiri, sesuatu yang juga menghairan­kan rakan sepasukann­ya sendiri.

Ia adalah gol sendiri kedua dalam tempoh seminggu yang memberikan gol kepada PSG, selepas pemain Lyon, Fernando Marcal menjaringk­an gol sendiri hujung minggu lepas.

Bagaimanap­un, Dijon berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-13 menerusi jaringan Mounir Chouiar.

Ketika PSG tidak menurunkan skuad terkuat dengan Angel Di Maria dan Mauro Icardi bermula di bangku simpanan dan Neymar tidak langsung berada dalam skuad perlawanan, jurulatih PSG, Thomas Tuchel ada meletakkan Kylian Mbappe dan Edinson Cavani, yang membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama sejak lebih dari sebulan selepas satu cadangan perpindaha­n ke Atletico Madrid gagal

termeterai bulan lepas.

Cavani masih menunggu gol ke-200 beliau bersama PSG apabila gol beliau minit ke-21 tidak dibenarkan pengadil selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) yang menunjukka­n bola terkena tangan pengumpan bola, Thomas Meunier sebelum itu.

“Ia tidak terlalu teruk kerana beliau boleh menjaringk­an gol ke-200 Sabtu ini (menentang Amiens) atau Selasa depan (menentang Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara). Saya boleh merasakan ia akan berlaku,” kata Tuchel.

Mengenai perlawanan, Tuchel menambah: “Saya berasa gembira kerana kami selayaknya menang. Ia adalah aksi yang memberangs­angkan.”

Mbappe meletakkan PSG kembali di hadapan seminit sebelum rehat apabila menghukum kegagalan Jhonder Cadiz menyempurn­akan peluang buat Dijon beberapa saat sebelum itu dengan menyempurn­akan peluang yang hampir sama.

Thiago Silva menjaringk­an gol ketiga empat minit selepas rehat dari satu tendangan sudut sebelum Pablo Sarabia menamatkan saingan Dijon dengan gol keempat.

Mbappe menjaringk­an gol kedua peribadi untuk kedudukan 5-1 sebelum Sarabia melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan.

Pada perlawanan lewat, jurulatih Lyon, Rudi Garcia, menewaskan bekas kelabnya, Marseille dengan Houssem Aouar menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-81.

Gol kemenangan itu hadir 10 minit selepas Lyon memperoleh­i tendangan penalti tetapi tendangan Moussa Dembele diselamatk­an penjaga gol Marseille, Yohan Pele.

Ia adalah kali ketiga musim ini di mana Dembele gagal menyempurn­akan tendangan penalti. — AFP

Saya berasa gembira kerana kami selayaknya menang. Ia adalah aksi yang memberangs­angkan.

Thomas Tuchel

Jurulatih PSG

 ?? — Gambar AFP ?? TERUSKAN KEMARAAN: Mbappe (kanan) mengawal bola ketika cuba dirampas oleh pemain Dijon pada perlawanan di Paris, Perancis kelmarin.
— Gambar AFP TERUSKAN KEMARAAN: Mbappe (kanan) mengawal bola ketika cuba dirampas oleh pemain Dijon pada perlawanan di Paris, Perancis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia