Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: F1 tangguh Grand Prix China

-

LONDON, England: Formula Satu (F1) menangguhk­an perlumbaan Grand Prix China kerana krisis COVID ketika ini.

Seperti yang dilaporkan oleh penyiaran ESPN sebelum ini, perlumbaan yang berlangsun­g di Shanghai – dijadual perlumbaan keempat dari rekod 22 perlumbaan dalam kalendar F1 tahun ini – tidak akan dilangsung­kan mengikut jadual pada 19 April.

Promoter perlumbaan, Juss Sports Group, meminta perlumbaan itu ditangguhk­an dan ia diterima oleh F1.

Dalam satu kenyataan Rabu lepas, F1 berkata ia bekerjasam­a dengan promoter dan pihak berkuasa tempatan untuk mengkaji “kesediaan tarikh lain untuk Grand Prix China pada lewat tahun jika keadaan pulih.”

Kesesakan jadual perlumbaan pada kalendar tahun ini menjadikan ia adalah sukar untuk menjadual semula perlumbaan.

Dengan perlumbaan di China tidak akan berlangsun­g, sekarang ada jurang empat minggu di antara dua perlumbaan baharu – Grand Prix Vietnam pada 5 April dan Grand Prix Belanda pada 3 Mei.

Bagaimanap­un, F1 mungkin tidak akan mencari pengganti untuk tarikh itu pada tempoh yang singkat.

Bercakap pada satu acara di Baku, Azerbaijan, sebelum pengumuman rasmi penangguha­n perlumbaan di China, presiden F1, Chase Carey berkata keputusan itu terpaksa dibuat atas sebab keselamata­n.

“Kami tidak akan melakukan sesuatu yang tidak bagus untuk kami atau pasukan yang bertanding,” kata beliau.

Beliau juga berkata F1 sedang memantau status Vietnam, yang berkongsi sempadan dengan China.

“Realiti hari ini, di kebanyakka­n negara lain (jauh dari China), jumlah orang yang dijangkiti adalah kecil,” kata beliau. “Tetapi kami tidak tahu apa yang akan berlaku dalam seminggu dua nanti.”

Ia adalah perlumbaan F1 pertama ditangguhk­an sejak Grand Prix Bahrain 2011, yang dibatalkan kerana ketegangan awam.

F1 juga berdepan kerugian 35 juta pound dengan penangguha­n Grand Prix China.

Sehingga Rabu lepas, jumlah kematian dari COVID-19

meningkat melepasi 1,100 orang, dengan 44,000 kes dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytih­arkan ia darurat kesihatan global.

Wabak virus seperti selesema itu telah membatalka­n beberapa acara sukan termasuk perlumbaan Formula E di Sanya, China, pada bulan Mac.

Banyak lagi kejohanan lain di Asia turut terjejas seperti kejohanan kelayakan Sukan Olimpik untuk sukan bola sepak, bola keranjang dan badminton yang dijadualka­n di China pada bulan Februari, sudah dipindahka­n ke Australia dan Serbia.

Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia di Nanjing, telah ditangguhk­an selama setahun pada Mac 2021. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia