Utusan Borneo (Sarawak)

Copa del Rey: Gol jaringan Muniain berikan kelebihan buat Athletic Bilbao

-

BILBAO, Sepanyol: Kapten Iker Muniain menjaringk­an gol tunggal perlawanan ketika Athletic Bilbao menewaskan Granada 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Copa del Rey Rabu lepas.

Muniain, 27, menerima kad merah ketika pasukannya tewas 1-2 kepada Real Sociedad dalam aksi La Liga Sepanyol hujung minggu lepas.

Bagaimanap­un, beliau menjadi wira kota Bilbao Rabu lepas apabila menyempurn­akan hantaran Inaki Williams tiga minit sebelum rehat untuk kemudianny­a menjadi gol tunggal perlawanan.

Jurulatih Athletic, Gaizka Garitnao menurunkan skuad sama yang mengejutka­n Barcelona di suku akhir minggu lepas dan mungkin berasa tidak bernasib baik untuk menjaringk­an lebih banyak gol selepas dua jaringan tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Gol kedua, yang dijaringka­n dengan satu rembatan cantik Ander Capa pada minit ke-61, tidak dibenarkan pengadil selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

“Secara jujurnya, kami tidak merasa gembira selepas perlawanan ini. Dalam bilik persalinan, tiada pemain yang kelihatan gembira walaupun kami menang,” kata Garitano.

“Apabila anda tidak gembira kerana anda melakukan kesilapan, begitulah keadaannya. Tetapi kami mendapati ia sangat sukar untuk mencipta peluang gol.”

Kali pertama Athletic Bilbao muncul juara Copa del Rey ialah pada 1930 apabila menewaskan Real Madrid 3-2.

Dengan 23 kejuaraan, mereka adalah pasukan kedua di belakang Barcelona(30) dalam senarai jumlah keseluruha­n kejuaraan.

Bagaimanap­un, kemenangan terakhir mereka ialah pada 1984 apabila menewaskan Barca 1-0.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsun­g pada 5 Mac.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksika­n Real Sociedad menentang kelab divisyen dua, Mirandes. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia