Muhammad Nur Aiman guna pendekatan berbeza
Pelumba pasukan Team Sapura Cycling Team itu mahu pastikan Jersi Merah selaku Raja Bukit kekal miliknya
KOTA BHARU: Pemain muda Kelantan mampu membawa pasukan itu kembali beraksi pada saingan Liga Super, kata Ketua Jurulatih Selangor B Sathianathan.
Katanya berdasarkan perlawanan malam tadi, pemain muda Kelantan menunjukkan kualiti tinggi, setaraf dengan pemain senior yang sedang beraksi dalam saingan Liga Super ketika ini.
“Malam tadi mereka banyak menguasai bola, mencipta peluang dan memberikan banyak masalah kepada saya, namun nasib masih tidak menyebelahi mereka.
“Kelantan sudah mempunyai pemain tempatan yang bagus, namun mereka perlu mendapatkan pemain import yang lebih berkualiti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Pada perlawanan persahabatan sempena pra-musim Liga Malaysia (Liga-M) 2020 malam tadi, Kelantan yang kini beraksi di Liga Premier, tewas 0-2 kepada Selangor yang bermain di Liga Super, hasil jaringan Muhammad Safuwan Baharudin pada minit ke-50 dan Taylor Francis George (66).
Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah berkata beliau gusar pasukannya masih belum menemukan pemain yang mampu bergandingan dengan penyerang, sekali gus menyumbang gol kepada Kelantan, dalam setiap perlawanan. — Bernama
ALOR SETAR: Pelumba muda kebangsaan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff, bakal menggunakan pendekatan berbeza bagi memastikan Jersi Merah selaku Raja Bukit kekal menjadi miliknya, pada edisi ke-25 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.
Pelumba pasukan Team Sapura Cycling Team (TSC) itu menegaskan, beliau perlu mengutip sebanyak mungkin mata pada tujuh zon pendakian di Pulau Langkawi (loop race) hari ini, sambil perlu berwaspada dengan dua pencabar terdekatnya.
Anak jati Setiu, Terengganu itu yang mula menyarung Jersi Merah sejak peringkat ketiga pada 9 Feb lalu, masih mengungguli carta teratas dengan kutipan 29 mata, disusuli pelumba Perancis, Quentin Pacher dari pasukan B&B HotelsConcept (20 mata), manakala pelumba pasukan Androni Giocattoli-Sidermec, Kevin Rivera Serrano dari Costa Rica, berada di tempat ketiga dengan kutipan 15 mata, selepas tujuh peringkat perlumbaan.
“Perbezaan sembilan mata belum cukup selesa untuk Aiman, jadi Aiman akan cuba kutip sebanyak mungkin mata dalam beberapa zon pendakian awal, dengan sekurang-kurangnya menambah tiga mata, barulah jersi Merah itu dikira selamat.
“Perancangan pertama adalah membiarkan pelumba
Perbezaan sembilan mata belum cukup selesa untuk Aiman, jadi Aiman akan cuba kutip sebanyak mungkin mata dalam beberapa zon pendakian awal, dengan sekurangkurangnya menambah tiga mata, barulah jersi Merah itu dikira selamat.
Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff
yang tidak berada jauh daripada Aiman untuk kutip mata, atau perlu berwaspada dengan pelumba kedudukan kedua atau ketiga,” jelas Muhamad Nur Aiman ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya perlumbaan Peringkat Ketujuh, dari Dewan Datuk Haji
Ahmad Badawi, Bagan ke Menara Alor Setar, di sini, semalam.
Pelumba kebangsaan, Mohd Harrif Saleh dari pasukan Terengganu Inc. TSG Cycling Team muncul juara Peringkat Ketujuh, disusuli pelumba pasukan Androni Giocattoli-Sidermec, Matteo
Pelucchi dari Itali di tempat kedua, manakala pelumba Australia, Taj Jones menamatkan saingan di tempat ketiga pada perlumbaan sejauh 103.4km itu.
Komisar perlumbaan menganugerahkan masa yang sama, iaitu 2 jam 53 minit dan 17 saat kepada 10 pelumba teratas, selepas mereka menamatkan perlumbaan secara berkelompok.
Mengulas lanjut, Muhammad Nur Aiman mendedahkan rentak perlumbaan esok dijangka pantas, memandangkan dua zon pecutan menanti pelumba.
“Perkara yang Aiman
Pelumba pasukan Team Sapura Cycling Team
cuba elakkan adalah tidak memberi peluang kepada pelumba di kedudukan kedua atau ketiga jersi merah membuat pecahan awal, bagi menjamin jersi Merah itu kekal di tangan Aiman,” jelas pelumba berusia 22 tahun itu yang meraih kedudukan kedua keseluruhan pada Jelajah Berbasikal Cambodia Bay, pada awal bulan lepas.
Pelumba Malaysia tidak pernah memenangi Jersi Merah sejak perlumbaan LTdL diperkenalkan pada 1996. — Bernama