Utusan Borneo (Sarawak)

SYARIKAT MINYAK DAN GAS PERLU UTAMAKAN ANAK TEMPATAN

Kaji semula polisi syarikat beroperasi di Sarawak, peluang pekerjaan dan jawatan perlu diberi secara adil dan saksama

- Oleh Connie Sylvia Mesa

Jangan hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja atau dimonopoli oleh pekerja dari Semenanjun­g Malaysia. Malah, 70 peratus pekerja terbabit turut perlu melibatkan pelbagai etnik yang ada di negeri kita.

Elias Lipi Mat

Presiden Persatuan Dayak Think-Tank Sarawak

MIRI: Kerajaan negeri digesa bagi mengkaji semula dasar dan polisi syarikatsy­arikat minyak dan gas yang beroperasi di Sarawak agar lebih memberi keutamaan kepada anak tempatan dalam pengambila­n pekerjanya, kata Presiden Persatuan Dayak ThinkTank Sarawak Elias Lipi Mat.

Beliau yang mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak pada sidang media semalam mahu peluang pekerjaan dan jawatan dalam syarikat minyak dan gas diberi secara adil dan saksama kepada anak tempatan.

“Perkara sebegini perlu dipandang serius terutamany­a bagi syarikat-syarikat minyak dan gas yang beroperasi di sini agar lebih memberikan ruang kepada anak-anak tempatan sekurang-kurangnya 70 peratus bagi pekerja di peringkat pengurusan dan pegawai operasi di lapangan.

“Jangan hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja atau dimonopoli oleh pekerja dari Semenanjun­g Malaysia. Malah, 70 peratus pekerja terbabit turut perlu melibatkan pelbagai etnik yang ada di negeri kita,” ujarnya.

Pada sidang media itu, Elias turut merujuk kepada sembilan individu yang diberhenti­kan tanpa mengemukak­an alasan kukuh dan munasabah oleh salah sebuah syarikat minyak dan gas yang beroperasi di Bintulu.

Dakwa Elias, pihaknya terkilan dan kecewa dengan tindakan pengurusan syarikat berkenaan yang memberhent­ikan sembilan individu tersebut tanpa memberikan alasan jelas.

“Selain menggesa kerajaan negeri untuk mengkaji dasar dan polisi syarikat minyak dan gas yang beroperasi di sini, kita juga minta kerajaan negeri untuk campur tangan dalam membantu menegakkan keadilan terhadap nasib mereka yang diberhenti­kan kerja dalam syarikat terbabit.

“Tenaga mereka seolaholah digunakan ketika perlu dan diberhenti­kan selepas tidak mahu tanpa sebarang alasan. Ia seperti kita makan tebu, habis manis terus dibuang,” dakwa Elias.

Selain itu menurut Elias, syarikat-syarikat minyak dan gas yang beroperasi di Sarawak juga perlu mempunyai syarikat pengurusan­nya di sini dan bukan hanya mencari kemahiran rakyat tempatan untuk bekerja tetapi pengurusan pejabatnya terdapat di Semenanjun­g Malaysia.

“Sekurang-kurangnya di bahagian pengurusan juga kita boleh beri peluang kepada anak tempatan untuk menguruska­nnya. Bukan kita tidak mahu pekerja Semenanjun­g Malaysia, tetapi apa yang penting ialah keutamaan kepada rakyat sendiri.

“Kita tidak mahu nasib rakyat kita terutamany­a kaum Dayak terus berulang seperti nasib sembilan individu ini pada masa depan. Oleh itu, kita amat berharap kerajaan negeri campur tangan dan bertindak menyelesai­kan masalah sebegini dengan menyediaka­n garis panduan mengenai dasar dan polisi yang sewajarnya dengan syarikat-syarikat yang berkaitan,” tambahnya.

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Iban Sarawak (PAIS) Samuel Suring, Naib Presiden Terabai Menua Ugik Jalit, serta wakil-wakil dari Sarawak Oil and Gas Workers Associatio­n.

Antara isu yang turut dibangkitk­an ialah gaji lewat dibayar untuk pekerja luar pesisir, pembayaran gaji yang berbeza antara pekerja Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia walaupun sama tugasan dan syarikat, isu menandatan­gani perjanjian bagi mereka yang ke luar negara sebelum bekerja dan bukannya ketika bekerja serta isu Jabatan Imigresen yang perlu lebih prihatin terhadap permit pekerjaan.

 ??  ??
 ??  ?? TUNTUT HAK: Elias (duduk empat kanan) serta yang lain bergambar bersama selepas sidang media di Miri, semalam.
TUNTUT HAK: Elias (duduk empat kanan) serta yang lain bergambar bersama selepas sidang media di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia